This cheat sheet is about subject Fiqh Muamalat KSD 2643
|
Manusia bekerja dan berusaha keras siang dan malam untuk mencari kesenangan dan keselesaan hidup.
|
|
Menjadi lumrah manusia mendambakan kehidupan yang serba mewah.
|
|
Rata-ratanya masyarakat terpaksa berhutang atau membuat pinjaman kewangan untuk menikmati taraf hidup yang lebih selesa.
|
|
Seseorang boleh berhutang tetapi jumlah hutang tersebut mestilah berkadaran dengan jumlah pendapatan individu tersebut.
|
|
1. Tidak digalakkan untuk umat islam berhutang atau membuat pinjaman kewangan bagi tujuan berlebih-lebihan.
|
|
2. Amalan berhutang akan memberi kemudaratan kepada diri dan ahli keluarga.
|
|
3. Umat islam digalakkkan mengamalkan kehidupan secara wasatiyyah atau bersederhana dan mengamalkan sikap qana'ah.
|
|
4. Dosa orang yang tidak menjelaskan hutangnya begitu berat lebih-lebih lagi dalam situasi sekiranya hutangnya itu dilipat gandakan dengan riba.
|
|
5. Individu yang berhutang akan berasa keresahan tekanan perasaan.
|
|
Al-Ariyah
|
Al-Qard
|
|
Pemberian satu barangan oleh pemberi pinjam kepada peminjam.
|
Pemindahan pemilikan barangan yang boleh dianggarkan dan diganti mengikut bilangan atau timbangan.
|
|
Peminjam tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan kecuali berpunca daripada peminjam sendiri.
|
Kesan transaksi menyebabkan wujudnya keberhutangan daripada pihak penghutang kepada pemiutang.
|
|
Hanya melibatkan barangan yang tidak musnah dan boleh dikembalikan dalam keadaan asal.
|
Peminjam hendaklah memulangkan kembali barang yang dipinjam dalam bentuk gantian dan bukan benda yang asal.
|
|
Hak pemilikan barang tersebut kekal pada pemberi pinjaman.
|
Orang Arab menyebut salaf iaitu pinjaman yang dibayar balik kepada pemiutang tanpa syarat keuntungan.
|
|
Bahasa: Al-Qat'u (potong)
|
|
Istilah: Penyerahan sesuatu barang kepada penghutang daripada pemiutang dengan syarat barang tersebut mempunyai sama nilai dengannya tanpa sebarang penambahan.
|
|
Dikategorikan sebagai akad tabarru' iaitu kontrak yang berteraskan kepada konsep kebajikan.
|
|
1. Larangan riba telah dijelaskan dalam firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 275.
|
|
وَأَحَلَّ اللَهُ البَيْعِ وَحَرَّمَ الرِّبَا
|
|
Maksudnya: Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.
|
|
2. Rasulullah telah melaknat orang yang memakan riba, menjadi agen, mencatat transaksi dan menjadi saksi
|
|
3. Melakukan riba merupakan dosa besar di sisi Allah SWT.
|
|
1. Al-Qard al-hassan bermaksud pinjaman yang baik.
|
|
2. Perbuatan seseorang untuk menunjukkan keprihatinannya dalam membantu saudaranya yang berada dalam kesempitan wang.
|
|
3. Peminjam hanya perlu membayar jumlah wang yang dipinjam sahaja tanpa dikenakan faedah.
|
|
1. Pemiutang (orang yang memberi pinjaman).
|
|
2. Penghutang/peminjam.
|
|
3. Barang yang dipinjam.
|
|
4. Sighah (lafaz ijab dan qabul)
|
|
Hukumnya adalah sunat.
|
|
Harus bagi seseorang untuk berhutang bagi tujuan membebaskan dirinya daripada kesempitan hidup.
|
|
Tidak harus memberikan pinjaman sekiranya untuk tujuan haram atau maksiat.
|
No comments yet.
Cheatography n. The art of mapping complex subjects into clear, instantly navigable reference guides.