IPLEMENTESI KONTRAK MUSAQAH UNTUK PEMBANGUNAN TANAH WAKAF
|
- Wakaf merupakan salah satu ibadat dalam membantu insan yang memerlukan.
|
|
- Wakaf juga merupakan suatu amalan yang disyariatkan oleh islam.
|
|
- Menurut pelbagai pendapat menunjukkan bahawa takrifan harta wakaf adalah tertahan dari sudut pemiliknya dan manfaatnya boleh dinikmati bersama.
|
|
- Dengan adanya perlaksanaan tanah wakaf ini, masyarakat dapat membangunkan sektor pertanian bagi menjana keuntungan serta menaik taraf sosio-ekonomi dan seterusnya membasmi kemiskinan.
|
|
2 persoalan yang menjadi suatu perkara pokok dalam pembangunan harta wakaf pada masa kini :
|
|
> Pembangunan tanah wakaf terbiar boleh dibangunkan untuk menjana pendapatan golongan miskin dengan mewujudkan peluang pekerjaan.
|
|
> Musaqah dari segi bahasa bererti saling menyiram dalam usahasama pengurusan pertanian.
|
|
> Musaqah dari segi syara' pula ialah satu kontrak penyerahan tanaman atau berdasarkan hasil tanaman.
|
|
1. Kedua Pihak Yang Berkontrak
|
- Seseorang yang baligh dan berakal
|
|
2. Objek Musaqah
|
- Imam Syafie mensyaratkan buah kurma dan anggur.
|
|
3. Buah
|
- Segala penghasilan pohon menjadi milik kongsi, tidak juga diharuskan jika semua hasil hanya diperuntukkan untuk sebelah pihak sahaja.
|
|
4. Kerja
|
- Segala kerja mengenai pengurusan pohon akan diberi kuasa sepenuhnya kepada pengurus.
|
|
5. Ijab & Qabul
|
- Ungkapan boleh dibuat oleh pihak pemilik atau pengurus. Tetapi ungkapan sewa tidak boleh digunakan dalam kontrak Musaqah.
|
|
5 cadangan operasi dalam mengimplementasi kontrak Musaqah untuk membangunkan tanah wakaf terbiar di Malaysia.
|
|
1. Modal dikumpul daripada orang ramai melalui kutipan saham wakaf dan sumbangan saham wakaf pokok.
|
|
2. Hanya golongan miskin yang berkeupayaan dari segi fizikal dan mental dipilih oleh pihak berkuasa.
|
|
3. Pihak berkuasa akan menyediakan sebidang tanah dan modal untuk proses penanaman kepada golongan miskin.
|
|
4. Pengusaha akan menguruskan ladang sehingga dapat dikutip dan dijual.
|
|
5. Hasil jualan boleh diagihkan antara pengusaha dan pihak berkuasa berdasarkan persetujuan.
|
No comments yet.
Cheatography n. The art of mapping complex subjects into clear, instantly navigable reference guides.