|
Pada era globalisasi kini, manusia bekerja dan berusaha keras siang dan malam untuk mencari kesenangan dan keselesaaan hidup.
|
|
Lumrah manusia mendambakan kehidupan yang serba mewah.
|
|
Rata-ratanya masyarakat berhutang kewangan dengan tujuan untuk memiliki keperluan asas seperti kenderaan, rumah, perabot dan sebagainya
|
|
Malah seakan-akan sudah menjadi trend dalam dunia hari ini, ramai yang terpaksa mendapatkan pinjaman kewangan bagi tujuan melanjutkan pelajaran atau mendapatkan pendidikan dengan dibiayai oleh pihak-pihak tertentu.
|
|
Seseorang itu terpaksa membuat pinjaman untuk memiliki taraf hidup yang baik.
|
|
Hukum pelaksanaan Bard hasan adalah sunat.
|
|
Harus bagi seseorang untuk berhutang bagi tujuan untuk membebaskan dirinya daripada kesempitan hidup.
|
|
Fuqaha' bersepakat bahawa tidak harus memberikan pinjaman sekiranya wang tersebut akan digunakan bagi tujuan haram atau maksiat.
|
|
1. Membantu golongan yang memerlukan.
|
|
2. Merapatkan jurang perbezaan antara golongan yang kaya.
|
|
3. Mengukuhkan sektor sosio ekonomi negara.
|
|
4. Mendapat keberkatan dan ganjaran berterusan di dunia dan akhirat.
|
|
Al-'ariyah merujuk kepada pinjaman yang melibatkan pemberian sesuatu barangan atau harta oleh pemberi pinjaman kepada peminjam.
|
Al-qard ialah pinjaman yang melibatkan pemindahan komoditi yang boleh dianggarkan dan diganti mengikut bilangan, sukatan atau timbangan.
|
|
Larangan terhadap riba adalah berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 275.
|
|
Allah telah menegaskan dan memberi peringatan bahawaorang yang beriman agar tidak memakan riba sebaliknya mereka diseru agar bertaqwa kepada Allah SWT kerana dengan itu mereka akan terdiri daripada orang-orang yang berjaya.
|
|
Ketegasan Rasullullah SAW juga dalam menghapuskan amalan riba jahiliyyah turut disampaikan ketika Baginda mengerjakan haji yang terakhir.
|
|
1. Setiap hutang yang dibuat hendaklah ditulis.
|
|
2. Tidak boleh mengenakan sebarang bayaran tambahan terhadap pinjaman yang diberikan atas sebab kelewatan.
|
|
3. Kepentingan menyelesaikan semua hutang turut disyaratkan dalam perwarisan.
|
|
4.Hutang adalah hak individu tertentu yang wajib dipulangkan dalam tempoh sebagaimana yang dijanjikan.
|
|
Islam mengharuskan umatnya berhutang atau membuat pinjaman kewangan, namun tindakan tersebut tidak sewajarnya dijadikan sebagai amalan atau budaya melainkan dalam keadaan terdesak atau sangat memerlukan.
|
|
Islam telah mensyariatkan instrumen pemberian pinjaman kewangan yang tidak membebankan pengguna menerusi prinsip alqard al-hasan.
|
|
Islam dianjurkan untuk menjalani kehidupan secara bersederhana dan bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah atas daya usaha masing-masing.
|
|
Bahasa: al-qat'u (potong)
|
|
Istilah: penyerahan sesuatu barang atau harta daripada pemiutang kepada penghutang dengan syarat barang tersebut atau sesuatu yang sama nilai dengannya akan digantikan kembali kepada pemilik asal tanpa sebarang penambahan.
|
|
Kadar faedah yang dikenakan dalam semua bentuk pinjaman (hutang) adalah riba yang diharamkan oleh hukum syara'.
|
|
Sebarang tambahan nilai atau lebihan daripada jumlah pinjaman yang asal adalah dianggap sebagai riba.
|
|
Islam hanya membenarkan transaksi pemberian hutang atau pinjaman wang yang bebas daripada unsur riba dan mengutamakan kebajikan dan keadilan sosial.
|
|
1. Pemiutang
|
|
2.Penghutang/peminjam
|
|
3.Barang yang dipinjam
|
|
4.Sighah
|
|
MELALUI INSTITUSI ZAKAT
|
|
Meringankan beban yang dihadapi oleh golongan yang dibelenggu hutang.
|
|
Mewujudkan keseimbangan dalam aspek sosial dan ekonomi dalam masyarakat.
|
No comments yet.
Cheatography n. The art of mapping complex subjects into clear, instantly navigable reference guides.