Nota ini berkaitan topik konsep pemilikan harta yang mengikut syarak yang telah ditetapkan di dalam Islam.
|
Bahasa:-
|
Istilah:-
|
|
memiliki sesuatu dan mampu bertindak ke atasnya sebebasnya.
|
sesuatu pengkhususan yang telah ditetapkan oleh syarak kepada pemilik harta tersebut untuk mengurus, mentadbir dan menguasai hartanya dan menghalang orang lain daripada menguasai harta tersebut.
|
|
i. Pemilik bersifat kekal dan mutlak ke atas hartanya, tiada jagka masa tamat kecuali pemilik itu sendiri ingin menamatkannya.
|
|
ii. Pemilik mempunyai kuasa penuh ke atas harta yang dimilikinya dan boleh mengurus serta mentadbir hartanya tanpa campur tangan pihak lain.
|
|
iii. Pemilik tidak perlu membayar sebarang ganti rugi kerosakan terhadap harta miliknya sendiri.
|
|
i. Penguasaan ke atas harta yang harus.
|
Contohnya, tanah yang belum diteroka, bahan galian, binatang buruan yang hidup meliar dan kawasan rumput liar. Pemilik merupakan orang pertama yang berniat memilikinya melalui perbuatan dan penguasaannya .
|
|
ii. Akad pindah milik.
|
Kontrak pertukaran pemilik kepada pemilik yang lain. Contohnya, kontrak jual beli, hibah, hadiah dan wasiat
|
|
iii. Hasil dari pengembangan harta yang dimilikinya.
|
Contohnya, binatang yang lahir dari pemilik yang memiliki ibunya.
|
|
Pemilikan Sempurna
|
Pemilikan Tidak Sempurna
|
|
Al-Milk Tam ialah keadaan apabila seseorang memiliki harta dan sekaligus memanfaatkan harta tersebut.
|
Al-Milk Naqis bermaksud memiliki salah satu daripada dua unsur yang terdapat dalam sesuatu harta sama ada fizikal harta tersebut atau manfaatnya sahaja.
|
|
i. Bersifat sementara dan tidak kekal, tetapi terikat pada tempoh masa yang ditetapkan.
|
|
ii. Segala perbelanjaan berkaitan harta yang dimanfaatkan hendaklah ditanggung oleh pemilik manfaat.
|
|
iii. Harta hendaklah dikembalikan kepada pemilik harta setelah tamat tempoh.
|
|
iv. Harta tidak boleh diwarisi.
|
|
i. Pemilikan fizikal harta sahaja.
|
Contohnya, seseorang memiliki rumah yang di sewakan kepada orang lain, tidak boleh mendapatkan manfaat tinggal di dalam rumah tersebut walaupun rumah itu merupakan miliknya.
|
|
ii. Pemilikan manfaat harta sahaja.
|
Contohnya, seorang penyewa menyewa rumah daripada tuan rumah yang asal. Penyewa mendapat manfaat untuk tinggal di dalam rumah tersebut mengikut tempoh persetujuan yang telah ditetapkan semasa akad sewaan tersebut.
|
|
- harta yang tidak dimiliki atau tidak memberi milik iaitu harta milik umum seperti jalan raya, jambatan, lampu jalan raya, sungai dan sebagainya.
|
|
- Harta yang tidak boleh dimiliki kecuali dengan alasan syarak seperti harta wakaf dan baitulmal. Harta wakaf tidak boleh dijual melainkan harta itu rosak atau kos pengurusannya lebih tinggi dari pendapatan.
|
|
pinjaman
|
Pemilik manfaat memiliki manfaat harta tanpa perlu membayar apa-apa bayaran kepada peminjam. Jika harta yang digunakan rosak di tangan peminjam, maka peminjam perlu bayar ganti rugi.
|
|
sewaan
|
Pemilik manfaat harta membayar sejumlah harga yang telah dipersetujui oleh pemilik fizikal harta.
|
|
wakaf
|
Pewakaf tidak memiliki harta setelah diwakafkan. Penerima wakaf sahaja yang boleh memiliki manfaat dari harta tersebut.
|
|
wasiat
|
Pewasiat boleh memberi milik manfaat kepada sesiapa yang diwasiatkan.
|
|
kebenaran mengguna sesuatu
|
Pemilik tanah memberi kebenaran kepada seseorang untuk memakan buah di kebunnya.
|
No comments yet.
Cheatography n. The art of mapping complex subjects into clear, instantly navigable reference guides.