Fiqh Muamalat Cheat Sheet

IMPLEMENTESI KONTRAK MUSAQAH UNTUK PEMBANGUNAN TANAH WAKAF TERBIAR DALAM MENJANA EKONOMI SEKTOR PERTANIAN DI MALAYSIA.

3,052 views 870 downloads 19 Jun 2020 History

PENDAH­ULUAN

1) Wakaf merupakan suatu amalan yang disyar­iatkan oleh Islam kerana dengan wakaf seseorang itu dapat membantu sesama insan yang memerlukan kepada pertol­ongan selain daripada menjad­ikannya salah satu ibadat.
2) Amalan wakaf juga dikenali sebagai sedekah muhramat menurut Imam Syafi‘i.
3) Takrifan yang dijelaskan menurut mazhab Imam Nawawi yang menyatakan wakaf ialah terhal­angnya harta yang boleh dimanf­aatkan dari harta tersebut dengan mengek­alkan zat harta itu. Dengan hilang penguasaan memiliki harta tersebut dan pelaku­annya membawa kepada kebaikan untuk mendek­atkan diri kepada Allah.

PERMAS­ALAHAN DAN PERSOALAN KAJIAN

- Terdapat banyak harta-­harta wakaf yang gagal dibang­unkan demi kepent­ingan umat Islam dan matlamat para pewakaf juga masih belum lagi tercapai.
1) Apakah jenis pemban­gunan yang boleh dibuat?
2. Daripada manakah dapat diperolehi dana atau pembiayaan untuk memban­gunkan tanah wakaf?
- Persoalan yang dibang­kitkan ini telah menimb­ulkan tanda tanya kerana peratusan pemban­gunan tanah wakaf di Malaysia adalah pada tahap yang kurang memuaskan

PENDEKATAN KONTRAK MUSAQAH UNTUK WAKAF PERTANIAN.

1) Musaqah dari segi bahasa : saling menyiram
2) Dari segi syara' : satu kontrak penyerahan tanaman atau pohon kepada orang yang menjaga dan memelihara tanaman dengan agihan hasil atau ianya merupakan satu kontrak kerja berdas­arkan hasil tanaman.
3) Hukum : Majoriti Ulama iaitu termasuk imam Malik, al-Syafi’e mengha­ruskan akad kontrak ini. Manakala Abu Hanifah dan Zufar berpen­dapat bahawa musaqah tidak diperb­olehkan sama sekali. Majoriti ulama yang membol­ehkan akad ini adalah berlan­daskan kepada hadis Rasulu­lullah s.a.w yang bermaksud :
“Ibnu Umar r.a telah mencer­itakan, bahawa Rasulullah s.a.w pernah memben­arkan penduduk Yahudi Khaibar untuk menggarap tanahnya dengan balasan separuh dari hasil kebun buah-b­uahan atau tanah pertan­iannya. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

RUKUN MUSAQAH

1) Dua pihak yang berkontrak : Kontrak yang dibuat diharuskan berurusan dalam perkara harta adalah sah (iaitu seseorang yang berakal dan baligh) kerana kontrak musaqah merupakan kontrak pertukaran atau kontrak mu’amalah harta.
2) Objek Musaqah : Imam Syafie mensya­ratkan buah kurma dan anggur.
3) Buah : Yang penting dalam syarat ini ialah segala pengha­silan pohon menjadi milik kongsi, tidak juga diharuskan jika semua hasil hanya diperu­ntukkan untuk sebelah pihak sahaja.
4) Kerja : Adalah disyar­atkan bahawa pengurus diberi kuasa sepenuhnya ke atas kerja berkenaan.
5) Ijab dan Qabul : Ungkapan boleh dibuat oleh pihak pemilik atau pengurus. Ulama Syafi’i berpen­dapat bahawa ungkapan sewa tidak boleh digunakan dalam kontrak musaqah. Jika digunakan juga maka kontrak tersebut tidak sah.

OPERASI MUSAQAH DALAM PEMBAN­GUNAN WAKAF PERTANIAN

1) Pengum­pulan modal daripada orang ramai melalui kutipan saham wakaf dan sumbangan saham wakaf pokok.
2) Pihak berkuasa akan membuat pemilihan iaitu hanya memilih golongan miskin yang berkeu­payaan dari sudut fizikal dan mental untuk melaks­anakan kerja tersebut.
3) pihak berkuasa akan menyed­iakan sebidang tanah untuk dibang­unkan oleh golongan miskin.Bagi proses yang ketiga ini juga, pihak berkuasa akan membayar upah (ujrah) kepada golongan pengusaha ini untuk operasi penanaman pokok.
4) Pengusaha akan mengur­uskan ladang tersebut sehingga buah tersebut dapat dikutip dan dijual.
5) Hasil jualan tersebut perlu diagihkan berdas­arkan kepada perset­ujuan yang dipers­etujui pada awal kontrak.

KESIMPULAN

1) kontrak musaqah ini serba sedikit menjadi pemangkin ataupun penggerak kepada pemban­gunan wakaf di Malaysia.
2) Kerana tanah wakaf yang terbiar dapat diopti­mumkan sebaik mungkin bagi menjana pendapatan yang lebih tinggi serta dapat membasmi kemiskinan yang sedia ada.
3) Dengan pengenalan konsep ini, secara tidak langsung boleh mengatasi masalah pemban­gunan harta wakaf di Malaysia dan seterusnya dapat menjana ekonomi umat Islam lebih baik dan berkesan pada masa hadapan.

Comments

No comments yet.

Cheatography n. The art of mapping complex subjects into clear, instantly navigable reference guides.