Cheat Sheet ini dibuat atas tujuan tugasan individu Fiqh Muamalat KFD 2303. Tajuk yang dipilih oleh penulis ialah "Analisis Kaedah Pengukuran Untung (Al-Ribh) dari Perspektif Muamalat Islam".
|
Perspektif Islam :
|
|
|
Untung dalam bahasa Arab ialah al-ribh yang bermaksud pertambahan/pertumbuhan kegiatan perniagaan.
|
Dari segi istilah ialah lebihan & pertambahan dalam aktiviti perniagaan yang terhasil daripada dua unsur iaitu usaha(al-'amal) & modal(ra'su al-mal).
|
|
Imam al-Tabari :
|
|
|
Untung wujud apabila berlakunya pertukaran antara barang sama ada nilai barang itu sama atau melebihi harga belian tersebut.
|
|
|
Al-Nisaburi :
|
|
|
Mendefinisikan perniagaan (al-tijarah) kerana wujud untung di dalamnya.
|
|
|
Al-Qurtubi :
|
|
|
Merujuk kepada ungkapan kebiasaan orang Arab iaitu "kamu mendapat keuntungan dan kerugian dalam jual beli kamu".
|
|
|
Para Fuqaha' :
|
|
|
Membahagikan keuntungan kepada dua kategori iaitu bab zakat dan bab al-murabahah.
|
|
|
ZAKAT
|
Pertambahan ke atas modal dan ia ditinjau dari segi harta yang diwajibkan zakat iaitu harta yang berkembang (al-namiyah).
|
|
AL- MURABAHAH
|
Pertambahan ke atas modal dan pertambahan ke atas modal setelah ditolak segala perbelanjaan yang dikeluarkan dalam memperoleh lebihan tersebut.
|
|
Imam al-Mawardi :
|
|
|
Zakat itu wajib ke atas harta yang mampu berkembang melalui usaha atau secara sendirinya.
|
|
|
Ibnu Qudamah :
|
|
|
Menghuraikan harta yang berpotensi untuk berkembang ialah haiwan ternakan dan buah-buahan dengan syarat cukup nisab dan hawl.
|
|
|
Al-Kasani :
|
|
|
Zakat tidak akan diperolehi kecuali dari harta yang berkembang.
|
|
Al-Baghdadi :
|
|
|
Menyatakan konsep keuntungan adalah lebihan ke atas modal selepas mengurangi segala kos (beban) perbelanjaan tertentu dalam memperoleh keuntungan.
|
|
|
Imam Malik :
|
|
|
Untung wujud apabila berlaku pengeluaran akad secara lisan meski barang belum dipindahkan ke tempat asalnya.
|
|
|
Ibnu Khaldun :
|
|
|
Beliau menyatakan membeli barang dengan harga murah, jual semula dengan harga mahal adalah disebut sebagai untung.
|
|
Terbahagi kepada dua pendekatan iaitu ukuran yang tetap (al-mi'yar al-jamid) dan ukuran yang fleksibel (al-mi'yar al-marin). Pendekatan tersebut adalah untuk menentukan ukuran bagi membezakan antara al-ghabn al-fahisy dan al-ghabn al-yasir.
|
|
Al-Khajnadi (Golongan Hanafi) :
|
|
|
Melihat al-ghabn al-fahisy pada takat melebihi nisf al-'usyur.
|
Melihat ghabn al-yasir tidak melebihi nisf al-'usyur/tepat pada kadar nilfal-'usyur.
|
|
Ibn Yahya al-Bakhi :
|
|
|
Berpandangan al-Ghabn pada barang perniagaan (al-'arud) adalah nisf al-'usyur, al-Ghabn pada haiwan ialah al-'usyur iaitu 1/10 dan al-Ghabn pada barang tak alih/al-'aqar ialah sebanyak al-khumus (1/5). Keuntungan melebihi ketentuan dianggap al-fahisy/melampau.
|
|
|
Golongan Maliki & Golongan Syafi'i :
|
|
|
Meletakkan kadar al-thuluth iaitu 1/3 atau lebih sebagai al-ghabn al-fahisy.
|
|
|
Golongan Hanbali :
|
|
|
Terjadinya al-ghabn al-fahisy ialah pada kadar al-thuluth (1/3) atau al-sudus (1/6).
|
|
|
Al-Mardawi :
|
|
|
Berpandangan kadar al-rubu' (1/4) sebagai al-ghabn al-fahisy.
|
|
|
Golongan al-'Ibadiyyah :
|
|
|
Menetapkan kadar al-thuluth (1/3) atau lebih dalam menganggap sesuatu lebihan yang wujud dalam urus niaga sebagai al-ghabn al-fahisy.
|
|
|
Ibn 'Abidin :
|
|
|
Melihat al-ghabn al-fahisy sebagai suatu nisbah (keuntungan) yang tidak termasuk dalam penetapan taksiran oleh pihak pentaksir (al-muqawwim).Sekiranya kadar keuntungan yang dibuat melebihi taksiran pentaksir, maka ia dianggap al-ghabn al-fahisy.
|
|
|
Sebahagian Ulama' Maliki :
|
|
|
Berbeza pendapat dalam penetapan kadar al-ghabn al-fahisy sama ada pada kadar 1/3 atau lebih. Ada yang mengatakan ia tiada had tertentu. Ia bergantung kepada kebiasaan yang berlaku sesama peniaga. Jika berlakunya al-taghabun (saling melakukan sesama mereka), maka tiada pilihan bagi al-maghbun (mangsa keadaan), manakala jika berlaku di luar kebiasaan al-maghbun punya pilihan.
|
|
|
Al-Mardawi :
|
|
|
Nisbah al-ghabn perlu ambil kira al-'uruf semasa (kebiasaan) dan bersesuaian dengan tahap masalah yang dihadapi. Nisbah hendaklah sedikit sahaja, agar mudah peroleh pulangan modal.
|
No comments yet.
Cheatography n. The art of mapping complex subjects into clear, instantly navigable reference guides.