Salah satu topik penting dalam fiqah muamalat adalah berhubung dengan konsep harta. Dalam membicarakan mengenai konsep harta, kita tidak dapat lari dari menyentuh persoalan mengenai penjenisan harta dalam Islam
|
Lima elemen dalam menentukan sesuatu benda itu sebagai harta menurut Islam:
|
|
Sesuatu benda itu boleh disimpan,dikumpul serta mampu dimiliki
|
|
Sesuatu benda itu memberi faedah atau manfaat kepada manusia
|
|
Sesuatu benda itu akan dikenakan ganti rugi atau gantian jika ia dimusnahkan
|
|
Sesuatu yang diharuskan penggunaannya oleh syara'
|
|
Sesuatu benda itu bernilai pada pandangan manusia
|
|
Al-Mutaqawwam
|
Al-Mal Ghair Al-Mutaqayam
|
|
Syarak mengharuskan penggunaanya @ Harta bernilai seperti nilai halal/haram, nilai harga dan nilai manfaat/mudharat
|
Penggunaannya tidak harus kecuali ketika darurat @ Syaratnya seperti jika tidak menggunakannya akan membahayakan jiwa secara spontan, tiada langsung harta yang halal dan tidak boleh berlebihan
|
|
Al-Manqul
|
Ghair Al-Manqul
|
|
Harta yang dapat dipindahkan atau digerakkan dari suatu tempat ke satu tempat lain
|
Harta yang tidak boleh dipindahkan atau digerakkan dari suatu tempat kepada suatu tempat
|
|
Isti'mali
|
Istihlaki
|
|
Harta yang apabila digunakan atau dimanfaatkan sesuatu benda ia tidak rosak dan sedangkan zatnya kekal
|
Harta yang apabila digunakan atau dimanfaatkan sesuatu benda itu akan rosak dan tidak sempurna iaitu zatnya tidak akan kekal
|
|
Mitsli
|
Qimi
|
|
Harta yang jenisnya mudah didapati di pasaran dari segi bentuk, harga dan nilainya
|
Harta yang tidak mempunyai jenis yang sama dalam sesuatu pasaran, atau ada jenisnya tetapi berbeza dari segi kualitinya
|
No comments yet.
Cheatography n. The art of mapping complex subjects into clear, instantly navigable reference guides.