Beneficial Ownership dalam Pembiayaan Rumah Cheat Sheet

Analisis Syariah terhadap Konsep Pemilikan Bermanfaat (Beneficial Ownership) dalam Pembiayaan Perumahan

6,759 views 1,942 downloads 26 Jun 2020 History

Definisi Pemilikan

Dari segi bahasa
Bahasa Arab:
milk (ملك) atau milkiyyah (ملكية)
Episte­mologi:
(mim, lam, kaf) kekuatan dan kesihatan pada sesuatu
Lisan al-Arab:
(malk, mulk, milk) keadaan menguasai sesuatu dan keupayaan bertindak melupuskan sesuatu yang dimiliki.
Rumusan istilah fuqaha empat mazhab
1) Hubungan ekslusif dan sah di sisi perund­angan
2) Terbina antara manusia dan harta yang dimiliki
3) Matlamat, keupayaan seseorang (pemilik) mengek­spl­oitasi dan mengambil faedah daripada harta yang dimiliki
4) Orang lain (selain pemilik) terhalang untuk mendapat hak yang sama
5) Boleh dilakukan melalui pemilik atau wakil yang dipilih

Pembah­agian Pemilikan

Pembahagian Pemilikan
1) Seseorang memiliki fizikal harta, seseorang lagi memiliki manfaat harta
Contoh: Fizikal rumah milik waris pewasiat manakala manfaat rumah milik penerima wasiat.
2) Seseorang memiliki manfaat harta, seseorang lagi memiliki fizikal harta
Contoh: Penyewa memiliki manfaat barang yang disewa sementara pemilik asal kekal memiliki fizikal
3) Seseorang yang diberi keizinan untuk menggu­­nakan harta tanpa memili­kinya
Contoh: Pengguna jalan raya mendapat kebenaran menggu­­na­k­annya sahaja

Menurut Undang­-undang Inggeris

Prinsip ekuiti­-> konsep amanah­-> pemilikan bermanfaat
Pemilik berman­faat:
diiktiraf dalam ekuiti, pemilik sesuatu manfaat harta, tiada hakmilik undang­-undang (legal title)
Pemilik undang­-un­dang:
diiktiraf di sisi undang­-un­dang, pemilik sesuatu, memegang hakmilik undang­-undang (legal title), bagi manfaat orang lain
Penerimaan Prinsip Ekuiti dalam Undang­-Undang Tanah di Malaysia
Sistem Torrens menjadi teras (penda­ftaran adalah segala­nya­)-> Kanun Tanah Negara 1965 menerima aplikasi ekuiti­-> iktiraf kontrak tanah tidak berdaf­tar­-> apabila perlu dan sesuai dengan situasi tempatan

Menurut Kewangan Islam

Konsep pemilikan bermanfaat telah diguna pakai hampir dalam setiap produk
Dalam industri perbankan, Bay' Bithaman Ajil (BBA), Al-Ija­rah­Thumma Al-Bay­' (AITAB), Musharakah Mutana­qisah (MM) dan lain-lain juga mengguna pakai konsep ini
Kedudukan Menurut Syariah
Menerima:
Jawata­nkuasa Syariah Bank Al-Rajhi Arab Saudi, AAOIFI dan Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia
Menolak:
Hussain Hamid Hassan disokong Al-Amine

Pembiayaan Rumah Bay' Bithaman Ajil (BBA)

**Pembiayaan Rumah Bay' Bithaman Ajil (BBA)**
Kontrak Jual Beli

PR Al-Ijarah Al-Mun­tahiyat Bi Al-Tamlik (IMBT)

PR Al-Ijarah Al-Muntahiyat Bi Al-Tamlik (IMBT)
Kontrak Sewaan
-Selepas membayar deposit, pelanggan menerima pemilikan bermanfaat

Pembiayaan Rumah Musharakah Mutana­qisah (MM)

**Pembiayaan Rumah Musharakah Mutanaqisah (MM)**
Kontrak Perkon­gsian
-Melalui kontrak jual beli dengan pemaju, pemilikan bermanfaat terhasil

Dalil

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا تَدَاي­َنتُم بِدَيْنٍ إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى فَاكْت­ُبُوهُ
Maksud:
Wahai orang-­orang yang beriman! Apabila kamu menjal­ankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu, maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayara­nnya) itu [Al-Ba­qarah: 282]
فَإِنْ أَمِنَ بَعْضُكُم بَعْضًا فَلْيُ­ؤَدِّ الَّذِي اؤْتُمِنَ أَمَان­َتَهُ وَلْيَ­تَّقِ اللَّـهَ رَبَّهُ
Maksud:
Jika sebahagian kamu memper­cayai sebahagian yang lain, maka hendaklah yang dipercayai itu menunaikan amanatnya (hutan­gnya) dan bertak­walah kepada Allah [Al-Ba­qarah: 283]
Suruhan menulis (hutang) adalah dianjurkan
Penulisan hutang boleh diqiya­skan, kepada pendaf­taran pemilikan, kerana memiliki '­illah yang sama; iaitu pendok­ume­ntasian

Menurut Syariah

1. Kontrak jual beli adalah perpin­dahan hak pemilikan
Al-Kasani (al-Ba­da'i al-San­a'i):
Kontrak pertukaran iaitu saling bertukar pemilikan dan saling membuat penyerahan
Ibn Qudamah (al-Mu­ghni):
Pertukaran harta dengan harta, bagi memind­ahkan pemilikan dan mengambil pemilikan
2. Perpin­dahan pemilikan berlaku tanpa pendaf­taran nama aset ke atas pelanggan sah menurut syariah
3. Hak pemilik bermanfaat menjual aset kepada pihak lain itu diiktiraf di sisi syarak
Ibn Taimiyyah:
Keupayaan yang sah untuk mengen­dalikan sesuatu harta
Kesimpulan dari perspektif syariah:
Pemilikan bermanfaat merupakan pemilikan sebenar

Comments

No comments yet.

Cheatography n. The art of mapping complex subjects into clear, instantly navigable reference guides.