KONSEP PEMILIKAN BERMANFAAT (BENEFICIAL OWNERSHIP) DALAM PEMBIAYAAN PERUMAHAN
|
Bahasa Arab
|
milk (ﻣﻠﻚ) atau milkiyyah (ﻣﻠﻜﯿﺔ). kekuatan dan kesihatan pada sesuat
|
|
Mazhab Hanafi
|
Kemampuan asal yang ditetapkan oleh syarak bagi mengendalikan sesuatu harta melainkan jika terdapat halangan.
|
|
Mazhab Maliki
|
Hukum syarak (mengikut perundangan yang sah) ditetapkan terhadap fizikal harta ataupun manfaat harta yang membolehkan seseorang untuk mengambil faedah daripada harta yang dimiliki dan menerima pampasan daripadanya.
|
|
Mazhab Syafi’i
|
Hukum syarak (mengikut perundangan yang sah) yang ditetapkan terhadap fizikal harta ataupun manfaat yang diberikan kepada seseorang supaya beliau dapat mengambil faedah dan menerima pampasan daripadanya.
|
|
Mazhab Hanbali
|
Keupayaan yang sah untuk mengendalikan sesuatu harta.
|
|
Hubungan eksklusif dan absah di sisi perundangan.
|
|
Hubungan eksklusif ini terbina antara manusia dan harta yang dimilik.
|
|
Keupayaan seseorang (pemilik) untuk mengeksploitasi dan mengambil faedah daripada harta yang dimiliki.
|
|
Menjadi penghalang kepada orang lain (selain daripada pemilik) untuk mendapat hak yang sama.
|
|
Boleh dilakukan samada melalui pemilik sendiri atau diwakilkan kepada orang lain.
|
|
Undang-undang tanah di Malaysia pada hari ini adalah berteraskan Sistem Torrens dalam urusan berkaitan dengan pentadbiran dan pemegangan tanah
|
|
Sistem Torrens memperuntukan bahawa pendaftaran adalah segala-galanya dan keterangan konklusif boleh diperolehi daripada pendaftaran
|
|
Keizinan pemakaian prinsip ekuiti telah diperakukan oleh seksyen 3 Akta Sivil 1956 di dalam kes jika terdapat kekosongan di dalam undang-undang tempatan dan kesesuaian kepada situasi tempatan dalam pengaplikasian ekuiti Inggeris
|
|
BBA
|
Bay’ Bithaman Ajil
|
|
IMBT
|
Al-Ijarah Al-Muntahiyat Bi Al-Tamlik
|
|
MM
|
Musharakah Mutanaqisah
|
|
Jawatankuasa Syariah Bank AlRajhi, Arab Saudi
|
Menyatakan, aset yang dibeli daripada seseorang (penjual pertama) kemudian dijual kepada pihak ketiga, tetapi dalam masa yang sama nama aset masih lagi diletakkan pada penjual pertama atas dasar kelebihan cukai yang wujud.
|
|
(AAOIFI)
|
Bank dibenarkan untuk menunda pendaftaran atas nama pelanggan sebagai cagaran bagi pembayaran yang dibuat secara tangguh. Walau bagaimanapun, pihak bank haruslah mengemukakan dokumen yang menunjukkan bahawa aset tersebut merupakan milik pelanggan. Tatacara ini tidak menghalang perpindahan pemilikan kepada pihak pelanggan.
|
|
Majlis Penasihat Syariah, Bank Negara Malaysia
|
Telah memutuskan bahawa pemberi sewa merupakan pemilik sebenar walaupun namanya tidak didaftarkan. Keputusan ini dibuat berdasarkan pengiktirafan syariah terhadap pembahagian pemilikan bermanfaat (beneficial ownership) dan pemilikan undang-undang (legal ownership). Dalam konteks ijarah, pemberi sewa merupakan pemilik bermanfaat kerana namanya tidak didaftarkan. Pemilikan bermanfaat ini boleh dibuktikan sebagai pemilik sebenar melalui dokumen-dokumen yang dibuat di bawah perjanjian ijarah antara pemberi sewa dan penyewa
|
|
1. Pelanggan membayar deposit 10% kepada pemaju dan menerima pemilikan bermanfaat.
|
|
2. Pelanggan dan bank menandatangani Property Purchase Agreement dan Property Sale Agereement. Melalui pemilikan bermanfaat yang dimiliki, pelanggan menjual aset secara tunai kepada bank bagi mendapatkan pembiayaan BBA iaitu baki 90% harga aset.
|
|
3. Bank selaku pemilik aset, menjual semula aset tersebut kepada pelanggan dengan bayaran secara tangguh.
|
|
1. Pelanggan mengenal pasti aset.
|
|
2. Pelanggan memohon pembiayaan IMBT dan membayar deposit terus kepada bank. Kaedah lain, pelanggan menjadi wakil bank membayar deposit kepada pemaju.
|
|
3. Bank membeli aset dengan membayar harga penuh (10% deposit + 90% baki) kepada pemaju.
|
|
4. Bank selaku pemilik bermanfaat menyewakan aset kepada pelanggan dengan bayaran dan tempoh yang dipersetujui dan berjanji akan menyerahkan pemilikan kepada pelanggan pada akhir tempoh sewaan.
|
|
5. Pada akhir tempoh sewaan bank menyerahkan pemilikan kepada pelanggan.
|
|
1. Pelanggan mengenal pasti aset, tandatangani Perjanjian Jual Beli (S&P), bayar deposit 10% dan memohon pembiayaan bank.
|
|
2. Bank dan pelanggan memasuki aturan Musharakah Mutanaqisah.
|
|
3. Pelanggan menyewa aset daripada bank.
|
|
4. Pelanggan membeli bahagian bank dengan membayar amaun tambahan.
|
|
5. Perkongsian berakhir dan pelanggan memiliki 100% pemilikan aset (nama pemilik akan diserah kepada pelanggan).
|
|
kontrak jual beli
|
|
setiap pihak yang berkontrak perlu saling bertukar pemilikan
|
|
pembeli menjadi pemilik baru kepada barang yang dibeli
|
|
penjual menjadi pemilik kepada harga yang dibayar oleh pembeli
|
|
Musharakah Mutanaqisah (MM).
|
|
Pemilikan bermanfaat terhasil setelah pelanggan dan bank memasuki kontrak jual beli bersama pemaju.
|
|
Pelanggan dan bank mengeluarkan sumbangan masing-masing (yang disepakati) bagi mendapatkan aset.
|
|
Pihak bank dan pelanggan telah menjadi pemilik bermanfaat secara bersama.
|
|
Bank bersetuju untuk mendaftarkan aset ke atas nama pelanggan menjadikan pelanggan sebagai pemilik berdaftar seterusnya pemegang amanah ke atas aset.
|
|
Pelanggan akan mendaftarkan gadaian undang-undang (legal charge) ke atas aset kepada pihak bank sebagai cagaran.
|
|
Walaupun hakmilik undang-undang (legal title) diletakkan di bawah nama pelanggan, bank juga merupakan pemilik kepada aset tersebut bersama dengan pelanggan berdasarkan prinsip shirkah (perkongsian). Piawaian Syariah Musyarakah oleh Bank Negara Malaysia menetapkan kontrak Musharakah Mutanaqisah perlu dikawal selia mengikut prinsip perkongsian pemilikan (shirkah al-milk) dan mempunyai kesan perkongsian pemilikan.
|
No comments yet.
Cheatography n. The art of mapping complex subjects into clear, instantly navigable reference guides.