mahsyulismahrup Cheat Sheet

KONSEP PINJAMAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

4,139 views 957 downloads 17 Jun 2020 History

KONSEP PINJAMAN DALAM ISLAM

Al-'­ariya merujuk kepada pinjaman melibatkan barangan atau benda yang tidak musnah apabila digunakan boleh dikemb­alikan dalam keadaan asal. Sekiranya barang tersebut barang yang mudah musnah atau susut nilai maka akad pinjaman tidak sah.
Al-qard pula merujuk kepada pinjaman yang melibatkan peminjam dikehe­ndaki memula­ngkan kembali nilai yang sama dan bukan memula­ngkan wang kertas yang asal

DEFINISI AL-QARD

Dari segi bahasa bermaksud al-qat­'u (potong).
Manakala, dari segi istilah merujuk kepada penyerahan seuatu barang atau harta daripada pemiutang kepada penghutang dengan syarat barang tersebut atau sesuatu yang sama nilai dengannya akan digantikan kembali tanpa sebarang penambahan.
Sebarang tambahan terhadap barang atau wang yang diberi pinjam adalah dianggap sebagai riba atau lebihan
Al-qard dikate­gorikan sebagai akad tabarr­u':
kerana faedah atau manfaat daripada transaksi yang berlaku hanya diperoleh oleh satu pihak (pengh­utang).

LARANGAN RIBA

**LARANGAN RIBA**

PRINSIP AL-QARD AL-HASAN

Islam memben­arkan prinsip al-qard al-hasan yang bermaksud pinjaman yang baik.
Peminjam hanya perlu membayar jumlah wang yang dipinjam sahaja tanpa dikenakan faedah.
Hukum pelaks­anaan qard hasan adalah sunat .
Hal ini kerana hukum memberi hutang kepada seseorang adalah sunat manakala harus bagi seseorang untuk berhutang bagi tujuan membeb­askan dirinya daripada kesempitan hidup

RUKUN AL-QARD

i) Pemiutang (orang yang memberi pinjaman)
ii) Penghu­tan­g/p­eminjam
iii) Barang yang dipinjam
iv) Sighah (Lafaz ijab dan qabul)

AL-QARD AL-HASAN PENJANA SOSIO EKONOMI UMMAH

i) Skim pmbiayaan secara mikrok­redit
-menjadi pemangkin untuk memajukan sektor ekonomi industri kecil & sederhana
ii) Skim pajak gadai Islam atau al-rahnu
-transaksi pemberian kemudahan pinjaman wang kepada pemegang gadaian sebagai cagaran terhadap pinjaman yang dibuat
iii) Skim pinjaman kewangan & pembiayaan untuk menunaikan haji atau umrah
- Seseorang dibenarkan berhutang bagi tujuan menunaikan rukun islam yang kelima sekiranya dia yakin mampu membayar balik pinjaman tersebut

PRINSI­P-P­RINSIP UMUM KETIKA BERHUTANG

i) Setiap hutang yang dibuat hendaklah ditulis
ii) Tidak boleh mengenakan sebarang bayaran tambahan terhadap pinjaman yang diberikan
iii) Kepent­ingan menyel­esaikan semua hutang disyar­atkan dalam perwarisan
iv) Hak individu tertentu yang wajib dipula­ngkan dalam tempoh tertentu

BANTUAN KEPADA ASNAF AL-GHA­RIMIN

Institusi zakat memainkan peranan penting untuk:
-mering­ankan beban yang dihadapi oleh golongan yang dibelenggu hutang atau asnaf al-gha­rimin
- mewujudkan keseim­bangan dalam aspek sosial dan ekonomi masyarakat iaitu golongan yang berkem­ampuan mengel­uarkan zakat bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik.

GEJALA CETI HARAM

Gejala ceti haram:
-Perni­agaan pemberian pinjaman wang tanpa lesen yang sah atau telah tamat atau lesen digantung
-melakukan pinjaman dengan khidmat ah long

Comments

No comments yet.

Cheatography n. The art of mapping complex subjects into clear, instantly navigable reference guides.