Tanah wakaf yang membawa manfaat kepada ummat.
|
Menurut mazhab imam nawawi wakaf bererti terhalangnya harta yang boleh dimanfaatkan dari harta tersebut dengan mengekalkan zat harta tersebut.
|
|
Harta wakaf ini tertahan dari sudut pemilikannya dan manfaatnya boleh dinikmati bersama demi membangunkan sosial dan ekonomi umat islam secara amnya.
|
|
Oleh itu satu pendekatan baru yang ditemui oleh Majlis Wakaf Malaysia bagi menjalankan usaha yang baik untuk membangunkan tanah wakaf yang terbiar dengan memperkenalkan konsep Musaqah dalam pertanian di Malaysia.
|
|
Musaqah dari segi bahasa adalah saling menyiram
|
|
Dari segi syara adalah satu kontrak penyerahan tanaman atau pohon kepada orang yang menjaga dan memelihara tanaman dengan agihan hasil atau ianya merupakan satu kontrak kerja berdasarkan hasil tanaman.
|
|
Majoriti ulama membolehkan akad ini berlandaskan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Ibnu Umar r.a telah menceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w pernah membenarkan penduduk Yahudi Khaibar untuk menggarap tanahnya dengan balasan separuh dari hasil kebun buah-buahan atau tanah pertaniannya. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) |
|
Hadis tersebut adalah hadis sahih menurut Syeikh Nasiruddin al-Albani (al- ‘Asqani, Ibnu Hajar, 2012:328 – 329).
|
|
1. Kedua pihak yang berkontrak.
- Kontrak yang dibuat adalah kedua duanya haruslah baligh dan berakal kerana ianya merupakan kontrak muamalat harta. Dalam kes lain seseorang boleh bertindak mewakili kanak-kanak, orang gila atau kurang waras. |
|
2. Punca kerja/objek Musaqah.
-Perkara yang dirujuk oleh sighah kontrak (tanaman yang akan dipelihara). Beberapa ulama dalam Mazhab Syafie' berkata hukum ini turut membabitkan kesemua jenis tanaman yang berbuah kerana diqiaskan dengan kurma dan anggur. |
|
3. Buah
- Buah ini mestilah hanya diperuntukkan kepada pengusaha dan pemilik sahaja. Kedua-dua pihak mestilah kongsi buah tersebut. Bahagian yang bakal diperolehi oleh kedua-dua pihak mestilah dinyatakan dengan jelas contohnya 50-50/40-60 atau 70-30 dan sebagainya. |
|
4. Kerja
-Pengusaha wajib melakukan semua kerja yang perlu untuk memelihara mutu buah/ menambahkan hasilnya dan kerja-kerja ini haruslah berulang sepanjang tahun. Jika pemilik meletakkan syarat kepada pengusaha diluar kemampuan pengusaha maka kontrak tersebut TIDAK SAH. |
|
5. Ijab dan Qabul.
- Mestilah mempunyai elemen penawaran (ijab) dan persetujuan (qabul) . Penawaran boleh diungkapkan secara langsung atau tidak langsung. Jika pengusaha bersetuju dengan menyatakan persetujuan terhadap tawaran pemlik, kontrak Musaqah dinggap SAH. Bagi orang bisu, bahasa isyarat atau tulisan boleh diterima. |
|
1. Salah satu pihak menetapkan bahawa pihak kedua melakukan perkara di luar tanggungjawabnya.
|
|
2. Bahagian yang diperolehi dan agihan hasil tidak dinyatakan dengan jelas.
|
|
3. Tanaman yang terlibat bukan jenis berbuah atau sebagainya.
|
|
4. Jika kontrak tersebut TIDAK SAH, semua buah yang diperolehi menjadi hak pemilik kerana ia adalah hasil daripada hak miliknya.
|
|
1. Dapat memenuhi keperluan manusia dan memudahkan mereka memenuhi kepentingan bersama tanpa memudaratkan diri sendiri atau orang lain.
|
|
2. Kesuburan tumbuh-tumbuhan dapat dijaga dengan rapi apabila konsep musaqah ini dilaksanakan dengan baik.
|
|
3. Terhindar dari penipuan, pemerasan dan sebagainya kerana dalam akad musaqah ini harus ada kejelasan yang dapat dipertanggungjawabkan oleh kedua belah pihak.
|
|
4. Memberi kesempatan kepada orang lain untuk bekerja dan menikmati hasil kerjanya, sesuai dengan yang dikerjakan.
|
No comments yet.
Cheatography n. The art of mapping complex subjects into clear, instantly navigable reference guides.