Islamic Financial Planning
|
Wasiat berasal daripada perkataan Arab iaitu wasa yang bermaksud membuat janji.
|
|
|
Wasiyyah (wasiat) dalam bahasa Arab bermaksud sesuatu yang diwasiatkan
|
|
|
Dari segi bahasa merangkumi wasiat terhadap harta atau selain harta.
|
|
|
Penggunaan istilah wasiat dari segi syarak hanya merujuk kepada wasiat harta sahaja.
|
|
Wasiat adalah Iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya untuk menyempurnakan sesuatu kebajikan selepas dia mati.
|
|
Wasiat juga satu dedikasi untuk memindah milik harta selepas kematian pewasiat.
|
|
Satu akad yang didedikasikan semasa hayat pemilik harta untuk memindahmilikkan hartanya kepada waris yang hanya berkuatkuasa selepas kematiannya.
|
|
Ialah sebahagian daripada sistem perwarisan Islam di samping faraid, hibah, wakaf, dan sebagainya.
|
|
Penggunaan setiap instrumen syariah adalah bergantung kepada keperluan, situasi, dan kehendak pemilik harta.
|
|
Wasiat boleh digunakan untuk Instrumen tersebut bagi seseorang yang memiliki keluarga yang tidak dapat mewarisi harta pusakanya kerana perbezaan agama.
|
|
Wasiat boleh juga digunakan sebagai instrumen ini kepada seseorang memiliki harta yang banyak.
|
|
Penerimaan Maklumat Kematian Pewasiat
|
Sijil Kematian perlu diberikan kepada pihak MAIS oleh pewaris setelah pewasiat meninggal dunia.
|
|
Pembacaan Wasiat
|
Pembacaan dokumen wasiat bertulis dilakukan di hadapan penerima wasiat, waris-waris, dan saksi-saksi mengikut tempat yang dipersetujui bersama.
|
|
Siasatan
|
Pihak MAIS menjalankan siasatan harta pewasiat dan memastikan kewujudan penerima wasiat Seksyen 17.
|
|
Pengesahan Wasiat
|
Pemohon menyatakan sepenuhnya jenis perintah yang dipohon dan melampirkan bersama maklumat yang terperinci berkaitan wasiat.
|
|
Menggunakan undang-undang terpakai untuk wasiat orang Islam adalah hukum syarak.
|
|
Orang bukan Islam menggunakan undang-undang sivil yang berasaskan undang-undang Inggeris.
|
|
Undang-undang wasiat orang Islam menggunakan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
|
|
Setiap negeri mempunyai satu peruntukan statutori melibatkan tentang bidang kuasa Mahkamah Syariah mengenai wasiat dalam statut Pentadbiran Agama Islam dan statut Mahkamah Syariah.
|
|
Permohonan
|
Borang Permohonan Wasiat (Bo rang A)diisi oleh seseorang untuk membuat wasiat Seksyen 3, Kaedah-kaedah Pengurusan Wasiat.
|
|
Dokumen Sokongan dan Saksi
|
Pihak MAIS menggunakan dokumen sokongan dan dua orang saksi Seksyen 4(1) dan (2) untuk pembuktian wasiat.
|
|
Pendaftaran
|
Permohonan wasiat yang diterima akan didaftarkan ke dalam Daftar Wasiat Seksyen 6(1), Kaedah-kaedah Pengurusan Wasiat.
|
|
Penyediaan Dokumen Wasiat Bertulis
|
Pewasiat perlulah melengkapkan Dokumen Wasiat Bertulis dengan maklumat yang penting.
|
|
Penyimpanan
|
Dokumen Wasiat Bertulis hendaklah dibuat dalam dua salinan, untuk simpanan MAIS dan pewasiat.
|
|
Pindaan atau Pembatalan Wasiat
|
Pewasiat mempunyai hak untuk membatalkan wasiat sebelum hari kematiannya.
|
|
Pengemaskinian Status Pewasiat
|
Pihak MAIS akan merekod setiap maklumat daripada pewasiat, dalam bentuk bertulis atau lisan untuk memastikan pewasiat masih hidup.
|
|
Maklumat direkod setiap tempoh 3 hingga 6 bulan sekali.
|
No comments yet.
Cheatography n. The art of mapping complex subjects into clear, instantly navigable reference guides.