Cheat Sheet ini dibuat adalah kerana tugasan individu subjek Fiqh Muamalat KFD 2303.
|
Pemilikan bermanfaat merupakan prinsip yang diguna dalam dokumentasi kontrak, termasuk kewangan Islam.
|
|
Pemilikan, secara etimologi, dikenali sebagai milkiyyah atau milk, yang merujuk makna pemegangan sesuatu barangan dan kemampuan untuk menggunakannya
|
|
Tokoh mazhab al-Shafi‘i, al-Subki berpendapat pemilikan ialah sesuatu yang bersifat maknawi
|
|
Pemilikan bermanfaat membolehkan pemiliknya melakukan transaksi tertentu terhadap aset yang dimiliki.
|
|
Pemilik tersebut ialah seseorang menikmati manfaat daripada sesuatu aset walaupun nama pemilik didaftarkan di atas orang lain
|
|
Pemilik harta berhak menguasai zat dan menikmati segala faedah dan manfaat dalam harta yang dimiliki.
|
|
Hubungan undang-undang dan eksklusif antara seseorang dengan sesuatu benda sama ada sesuatu a‘yan
|
|
Tujuan utama pengeksklusifan ialah memberikan hak kepada pemilik untuk menggunakan barangan yang dimiliki atau melupuskannya
|
|
Kemampuan untuk mengguna dan melupuskan barangan yang dimiliki boleh terhalang dengan sebab halangan yang sah
|
|
Kemampuan untuk mengguna dan melupuskan barangan yang dimiliki boleh terhalang dengan sebab halangan yang sah
|
|
Produk-produk yang ditawarkan dalam industri kewangan Islam perlu meletakkan aset sandaran sebagai pendasar untuk melaksanakan sesuatu kontrak
|
|
Status pemilikan sesuatu aset hanya dapat ditentukan melalui kontrak yang digunakan.
|
|
Dalam praktis kewangan Islam, konsep pemilikan bermanfaat telah diguna pakai hampir dalam setiap produk yang ditawarkan.
|
|
Ta‘arud yang banyak disebutkan oleh para fuqaha’ ialah ta‘arud antara dalil. Ia merujuk maksud percanggahan antara dua dalil yang tidak boleh diserasikan secara zahir.
|
|
Oleh kerana itu, percanggahan yang berlaku sebenarnya bersifat relatif kerana ia bergantung kepada penelitian dan pandangan para fuqaha’.
|
|
Asal yang dimaksudkan di sini ialah hukum yang dipakai yang telah sabit sebelum wujudnya bukti zahir
|
|
Zahir di sini ialah situasi yang menunjukkan kepada sesuatu perkara yang berlawanan dengan hukum asal
|
|
dari segi hukum asal, pemilik bermanfaat telah memeterai kontrak jual beli dengan sempurna dan pemindahan milik telah berlaku
|
|
Namun, apa yang zahir ialah pemilikan undang-undang atau berdaftar masih di bawah nama penjual
|
|
Oleh kerana Syariah menetapkan pemindahan milik telah berlaku selepas proses ijab dan qabul dilaksanakan, hukum ini dianggap hukum asal
|
|
Kajian mendapati prinsip pemilikan bermanfaat atau beneficial ownership berasal daripada undang-undang Inggeris
|
|
Oleh itu, pemakaiannya dalam industri kewangan Islam juga hendaklah merujuk konsep yang dikehendaki dalam undang-undang Inggeris berdasarkan prinsip ekuiti
|
|
Hal ini disokong lagi dengan beberapa dokumentasi undang-undang perjanjian tersebut, di samping garis panduan Syariah yang dikeluarkan oleh BNM mengiktiraf pemindahan bermanfaat.
|
|
Ini bertujuan untuk memastikan pelaksanaan kewangan Islam lebih terkawal dan stabil dari sudut kepatuhannya terhadap Syariah dan mampu mengharmonikan konflik antara undang-undang dan Syariah.
|
No comments yet.
Cheatography n. The art of mapping complex subjects into clear, instantly navigable reference guides.