individual assignment
|
Pinjaman dibahagikan kepada 2 kategori iaitu al-'ariyah dan al-qard .
|
|
Al-Ariyah hanya melibatkan barangan atau benda yang tidak musnah apabila digunakan yang boleh dikembalikan dalam keadaan asal contohnya kereta .
|
|
Sekiranya barang tersebut merupakan barang yang mudah musnah seperti sabun , maka akad pinjaman tersebut tidak sah .
|
|
Al-Qard pula ialah pinjaman yang melibatkan pemindahan pemilikan barangan dan diganti mengikut timbangan .
|
|
Al-Qard : bahasa bermaksud al-qat'u (potong)
|
|
Istilah : al-Qard merujuk kepada penyerahan sesuatu barang atau harta daripada pemiutang kepada penghutang dengan syarat barang tersebut sama nilai dengan harta yang telah diambil oleh penghutang tanpa sebarang penambahan .
|
|
Ia dilarang membuat sebarang penambahan kerana ia amat ditegah dalam Islam kerana ia dianggap sebagai riba'
|
|
Larangan riba adalah jelas lagi nyata berdasarkan kepada firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 275 ;
|
|
وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا ۚ
|
|
Maksudnya ; Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba .
|
|
Allah S.W.T juga telah memberi peringatan kepada orang yang beriman agar tidak memakan riba sebaliknya mereka diseru supaya bertakwa hanyalah kepada Allah S.W.T .
|
|
Selain itu , dosa orang yang melakukan riba juga adalah amat berat di sisi Allah S.W.T .
|
|
Prinsip muamalah Islam secara jelas mengharamkan jual beli yang mempunyai unsur riba .
|
|
al-Qard al-Hasan bermaksud pinjaman yang baik .
|
|
Ia merupakan kebaikan seseorang untuk melakukan kebajikan dengan membantu saudaranya yang berada dalam kesempitan khususnya dalam aspek kewangan tanpa dikenakan tambahan .
|
|
Hukum perlaksanaan qard hasan adalah sunat .
|
|
PEMIUTANG (orang yang memberi hutang)
|
|
PENGHUTANG \ PEMINJAM (orang yang berhutang)
|
|
BARANG YANG DIPINJAM
|
|
SIGHAH (ijab dan qabul)
|
|
- Institusi zakat : Mewujudkan keseimbangan dalam aspek sosial dan ekonomi .
|
|
- Golongan yang berkemampuan untuk mengeluarkan zakat mampu meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan dan kurang bernasib baik .
|
|
- Dapat memupuk nilai simpati dalam setiap individu .
|
|
Sebagai seorang muslim , kita haruslah menitikberatkan kepentingan agama sepanjang kehidupan seharian serta ditunjukkan sifat yang baik agar mendapat ganjaran di akhirat malah mampu menarik perhatian kepada orang bukan Islam . Islam itu mudah , silap jika ia dimudah-mudahkan serta diambil mudah . Semoga kita tergolong dalam golongan yang sentiasa beramal soleh serta sentiasa mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat , inshaAllah .
|
|
1. Setiap hutang yang dibuat mestilah ditulis bagi memastikan pihak-pihak yang berkontrak khususnya menyedari komitmen diri untuk membayar kembali hutang .
|
|
2. Tidak boleh mengenakan sebarang bayaran tambahan terhadap peminjam yang diberikan atas sebab kelewatan membuat pembayaran balik hutang walaupun telah dipersetujui pada awal kontrak .
|
|
1. Membantu golongan yang memerlukan .
|
|
2. Menjadi salah satu jalan dakwah kepada golongan bukan Islam bahawa Islam itu indah kerana tiada kezaliman dilakukan walaupun dalam pinjaman .
|
|
3. Mendapat keberkatan dan ganjaran berterusan di dunia dan di akhirat serta disenangi oleh sekalian makhluk .
|
|
Kegiatan ceti haram ialah bertentangan dengan ajaran Islam mengandungi unsur riba dengan mengenakan bayaran bunga atau faedah serta tidak memperoleh sebarang manfaat .
|
|
Ia juga melibatkan Ah Long yang sentiasa menggunakan keganasan untuk memastikan penghutang membayar dengan kadar yang telah ditetapkan mereka .
|
No comments yet.
Cheatography n. The art of mapping complex subjects into clear, instantly navigable reference guides.