|
i) Kedua Pihak Yang Berkontrak
|
Kontrak yang dibuat oleh seseorang yang diharuskan berurusan dalam perkara harta adalah sah. Syaratnya mesti berakal dan baligh.
|
|
ii) Punca Kerja/Objek Musaqah
|
a. Imam Syafi'e mensyaratkan buah kurma dan anggur.
|
|
b. Ulama' Hanbali pula melihat kepada pohon buah yang memerlukan pengurusan yang mana pengurusnya mendapat bahagian daripada hasil buah pohon yang diuruskan.
|
|
|
c. Imam Malik berpendapat musaqah boleh dilakukan untuk semua tumbuhan yang memiliki batang, seperti ruman, tin, zaitun dan sejenisnya walaupun dalam keadaan darurat.
|
|
|
iii) Buah
|
Pendapat terkuat bagi ulama' Syafi'e (Mazhab Hanbali) iaitu kontrak musaqah dikira sah apabila pohonnya mula berbuah meskipun belum masak.
|
|
iv) Kerja
|
Disyaratkan bahawa pengurus diberi kuasa sepenuhnya ke atas kerja berkenaan. Dengan kata lain, segala kerja sepenuhnya mengenai pengurusan pohon.
|
|
v) Ijab dan Qabul
|
Ungkapan boleh dibuat oleh pemilik atau pengurus.
|
|
1. Pengumpulan modal dibuat daripada orang ramai (kutipan saham wakaf dan sumbangan saham wakaf pokok))
|
|
2. Pihak majlis agama Islam negeri ataupun pihak berkuasa akan membuat pemilihan iaitu hanya memilih golongan miskin yang berkeupayaan sahaja dari sudut fizikal dan mental untuk melaksanakan kerja tersebut.
|
|
3. Pihak majlis agama Islam negeri ataupun pihak berkuasa tempatan akan menyediakan modal sebidang tanah untuk dibangunkan oleh golongan miskin dan menyediakan modal untuk proses penanaman iaitu pembelian benih, baja, racun serta jentera pembajak.
|
|
4. Pengusaha akan menguruskan ladang tersebut dari sudut penjagaan iaitu meracun dan membaja dan sebagainya sehingga buah tersebut dapat dikutip dan dijual.
|
|
5. Bila buah sudah masak dan boleh dijual maka, hasil jualan tersebut perlu diagihkan di antara pengusaha dan pihak berkuasa berdasarkan kepada persetujuan yang dipersetujui pada awal kontrak sama ada 50-50, 60-40 ataupun 70-30 peratus.
|
No comments yet.
Cheatography n. The art of mapping complex subjects into clear, instantly navigable reference guides.