Pembelajaran berkaitan Ilmu Fiqh Muamalat
|
Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang atau membuat pinjaman kewangan terutama sekali bagi tujuan yang melebihi keperluan asas kehidupan.
|
|
|
Agama yang mulia ini menganjurkan umatnya menjalani kehidupan secara wasatiyyah (bersederhana) dan mengutamakan sikap qana'ah ( merasa cukup dengan apa yang dimiliki ).
|
|
1) AL-'ARIYAH
|
|
- Pinjaman yang melibatkan pemberian sesuatu barangan atau harta oleh pemberi pinjaman kepada peminjam.
|
|
- Tujuan tersebut adalah bagi penggunaan manfaat barang barang atau harta tersebut secara percuma.
|
|
- Hak pemilikan masih kekal pada pemberi pinjaman.
|
|
- Peminjam tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan @ susut nilai barang tersebut KECUALI kecuaian adalah berpunca dari peminjam sendiri.
|
|
- Melibatkan barangan atau benda yang tidak musnah apabila digunakan yang boleh dikembalikan dalam keadaan asal.
|
|
- Contohnya kereta,telefon bimbit, baju dan buku.
|
|
2) AL - QARD
|
|
- Menurut bahasa : Al- Qat'u (potong)
|
|
- Menurut istilah : penyerahan sesuatu barang atau harta daripada pemiutang kepada penghutang dengan syarat barang tersebut .
|
|
- Sebarang tambahan terhadap barang atau wang yang diberi pinjam adalah ditegah dalam islam kerana ia dianggap sebagai RIBA' atau lebihan yang tidak mempunyai ganti.
|
|
- Orang yang berhutang bertanggungjawab untuk memulangkan barang yang sama atau serupa dengan apa yang dipinjam tanpa sebarang tambahan harta.
|
|
- Barang yang menjadi objek bagi akad qard ialah wang atau medium lain yang diterima oleh orang ramai.
|
|
- Dikategorikan sebagai akad tabarru' (kontrak yang berteraskan kepada konsep kebajikan) kerana manfaat daripada transaksi yang berlaku hanya diperolehi oleh satu pihak sahaja iaitu penghutang.
|
|
" Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba' dengan dengan berlipat-lipat ganda dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya."
|
|
Allah swt juga telah memberi peringatan kepada orang yang beriman agar tidak memakan riba, sebaliknya mereka diseru agar kembali bertaqwa kepada Allah.
|
|
- Hukum perlaksanaan qard hassan adalah sunat berdasarkan hadis Rasulullah SAW dan juga ijmak para fuqaha'.
|
|
- Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Anas bahawa Rasulullah SAW telah bersabda iaitu hukum memberi hutang kepada seseorang yang memerlukan adalah sunat.
|
|
- Manakala harus bagi seseorang yang berhutang bagi tujuan untuk membebaskan dirinya daripada kesempitan hidup.
|
|
- Jelas di sini bahawa Islam merupakan satu agama yang memberi ruang dan jalan penyelesaian terhadap kesulitan.
|
|
- Ia selaras dengan prinsip utama akad qard iaitu ta'awun iaitu saling bantu-membantu diakalangan sesama insan bagi tujuan meringankan beban yang ditanggung oleh orang itu.
|
|
1- Membantu golongan yang memerlukan.
|
|
2- Merapatkan jurang perbezaan antara golongan yang kaya dan miskin melalui pengagihan kekayaan dan sumber dalam masyarakat.
|
|
3- Menghapuskan diskriminasi sosial dan ekonomi dalam masyarakat.
|
|
4- Memupuk semangat persaudaraan, keprihatinan, ihsan dan saling bantu membantu dikalangan umat islam.
|
|
5- Mengukuhkan sektor sosio ekonomi negara.
|
|
6- Mendapat keberkatan dan ganjaran berterusan di dunia dan akhirat.
|
|
i) Setiap hutang yang dibuat hendaklah ditulis bagi memastikan pihak yang berkontrak khususnya penghutang menyedari komitmen masing-masing untuk membayar kembali hutang tersebut.
|
|
ii) Tidak boleh mengenakan sebarang bayaran tambahan terhadap pinjaman yang diberikan atas sebab kelewatan membuat pembayaran balik hutang meskipun telah dipersetujui atau disyariatkan di awal kontrak.
|
|
iii) Sebelum sesuatu harta pusaka dibahagikan secara faraid, segala hutang piutang si mati hendaklah dibereskan terlebih dahulu.
|
|
iv) Hutang merupakan hak individu tertentu yang wajib dipulangkan dalam tempoh sebagaimana yang dijanjikan.
|
|
: Islam mengharuskan umatnya berhutang atau membuat pinjaman kewangan, namun tindakan tersebut tidak sewajarnya dijadikan amalan atau budaya melainkan dalam keadaan terdesak.
|
|
: Tabiat gemar berhutang wajar dihindari kerana kesannya mengakibatkan seseorang itu hidup dalam kegusaran, kerisauan dan tertekan sehingga menjejaskan institusi kekeluargaan dan persahabatan.
|
|
: Umat Islam dianjurkan untuk menjalani kehidupan secara bersederhana dan bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah atas daya usaha masing-masing.
|
|
: Pelan pinjaman al-qard al hassan wajar diketengahkan dan diperluaskan lagi pelaksanaannya sebagai salah satu asas dalam menggerakkan sistem ekonomi Islam yang bebas daripada elemen riba'.
|
No comments yet.
Cheatography n. The art of mapping complex subjects into clear, instantly navigable reference guides.