konsep pinjaman menurut perspektif islam
|
Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang atau membuat pinjaman terutama sekali bagi tujuan yang melebihi keperluan asas kehidupan.
|
|
Budaya suka berhutang sebegini amat ditegah oleh Islam kerana agama yang mulia ini menganjurkan umatnya menjalani kehidupan secara wasatiyyah atau bersederhana dan mengutamakan sikap qana'ah.
|
|
Al-'ariyah merujuk kepada pinjaman yang melibatkan pemberian sesuatu barangan atau harta oleh pemberi pinjaman kepada peminjam bagi tujuan penggunaan manfaat barang atau harta tersebut secara percuma.
|
Al-qard ialah pinjaman yang melibatkan pemindahan pemilikan barangan atau komoditi yang boleh dianggarkan dan diganti mengikut bilangan, sukatan atau timbangan.
|
|
Al-Qard bahasa
|
bermaksud al-qat'u (potong)
|
|
Al-Qard istilah
|
merujuk kepada penyerahan sesuatu barang atau harta daripada pemiutang kepada penghutang dengan syarat barang tersebut atau sesuatu yang sama nilai dengannya akan digantikan kembali kepada pemilik asal tanpa sebarang penambahan.
|
|
Sebarang tambahan terhadap barang atau wang yang diberi pinjam adalah ditegah dalam Islam kerana is dianggap sebagai riba atau lebihan yang tidak mempunyai ganti yang dikenakan oleh pemberi pinjaman sementara menunggu bayaran balik.
|
|
|
firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 275:
|
|
ٱلَّذِينَ يَأۡكُلُونَ ٱلرِّبَوٰاْ لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ ٱلَّذِي يَتَخَبَّطُهُ ٱلشَّيۡطَٰنُ مِنَ ٱلۡمَسِّۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ قَالُوٓاْ إِنَّمَا ٱلۡبَيۡعُ مِثۡلُ ٱلرِّبَوٰاْۗ وَأَحَلَّ ٱللَّهُ ٱلۡبَيۡعَ وَحَرَّمَ ٱلرِّبَوٰاْۚ فَمَن جَآءَهُۥ مَوۡعِظَةٞ مِّن رَّبِّهِۦ فَٱنتَهَىٰ فَلَهُۥ مَا سَلَفَ وَأَمۡرُهُۥٓ إِلَى ٱللَّهِۖ وَمَنۡ عَادَ فَأُوْلَٰٓئِكَ أَصۡحَٰبُ ٱلنَّارِۖ هُمۡ فِيهَا خَٰلِدُونَ٢٧٥
|
|
Terjemahan: "Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu, sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu is berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya."
|
|
Prinsip muamalah Islam secara jelas mengharamkan sebarang bentuk pinjaman wang yang mempunyai faedah.
|
-kerana pinjaman yang mempunyai faedah mempunyai unsur-unsur penindasan dan ketidakadilan sehingga membebankan pihak yang meminjam wang atau berhutang.
|
|
al-qard al-hasan bermaksud pinjaman yang baik.
|
-merupakan manifestasi keprihatinan seseorang untuk melakukan kebajikan dengan membantu saudaranya yang berada dalam kesempitan khususnya dalam aspek kewangan
|
|
Hukum pelaksanaan Qard hasan adalah sunat
|
|
1. Pemiutang (orang yang memberikan pinjaman)
|
|
2. Penghutang/peminjam
|
|
3. Barang yang dipinjam
|
|
4. Sighah (lafaz ijab dan qabul)
|
|
Membantu golongan yang memerlukan.
|
|
Merapatkan jurang perbezaan antara golongan yang kaya dan miskin melalui pengagihan kekayaan dan sumber dalam masyarakat.
|
|
Memupuk semangat persaudaraan, keprihatinan, ehsan dan saling bantu membantu di kalangan umat Islam.
|
|
Mendapat keberkatan dan ganjaran berterusan di dunia dan akhirat.
|
|
Setiap hutang yang dibuat hendaklah ditulis bagi memastikan pihak-pihak yang berkontrak khususnya penghutang menyedari komitmen dan obligasi masing-masing untuk membayar kembali hutang tersebut dan merekodkan pembayaran yang dibuat bagi mengelakkan berlakunya penipuan.
|
|
|
Tidak boleh mengenakan sebarang bayaran tambahan terhadap pinjaman yang diberikan atas sebab kelewatan membuat pembayaran balik hutang meskipun telah dipersetujui atau disyaratkan di awal kontrak.
|
|
Institusi zakat
|
Fungsi institusi zakat begitu signifikan bagi mewujudkan keseimbangan dalam aspek sosial dan ekonomi dalam masyarakat iaitu golongan yang berkemampuan mengeluarkan zakat bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik
|
|
Kegiatan ceti haram atau ah long secara jelas bertentangan dengan ajaran Islam
|
kerana mengandungi unsur riba dengan mengenakan bayaran bunga atau faedah serta tidak telus terutama sekali dalam aspek struktur pinjaman dan pembayaran balik
|
|
Islam merupakan agama yang telah menyediakan hamparan jalan kehidupan yang syumul dengan menganjurkan umatnya bijak menguruskan kehidupan temasuk dalam aspek pengurusan kewangan.
|
|
Tabiat gemar berhutang wajar dihindari kerana kesannya mengakibatkan seseorang itu hidup dalam kegusaran, kerisauan dan tertekan sehingga menjejaskan kerukunan institusi kekeluargaan serta merenggangkan hubungan persaudaraan dan persahabatan.
|
|
Umat Islam dianjurkan untuk menjalani kehidupan secara bersederhana dan bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah atas daya usaha masing-masing.
|
|
Islam telah mensyariatkan instrumen pemberian pinjaman kewangan yang tidak membebankan pengguna menerusi prinsip al qard al-hasan.
|
|
Pelan pinjaman al-qard al-hasan wajar diketengahkan dan diperluaskan lagi pelaksanaannya sebagai salah satu asas dalam menggerakkan sistem ekonomi Islam yang bebas daripada elemen riba.
|
No comments yet.
Cheatography n. The art of mapping complex subjects into clear, instantly navigable reference guides.