KONSEP PINJAMAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Cheat Sheet

Assignment Individual

3,530 views 1,038 downloads 17 Jun 2020 History

Pandangan Islam mengenai amalan berhutang

1. Islam tidak mengga­lakkan umatnya berhutang atau membuat pinjaman kewangan terutama sekali bagi tujuan yang melebihi keperluan asas kehidupan.
2. islam mengan­jurkan umatnya menjalani kehidupan secara wasatiyyah atau bersed­erhana dan mengut­amakan sikap qana'ah
3. Rasulullah SAW enggan menyem­bah­yangkan jenazah seorang sahabat yang telah meninggal dunia setelah mengetahui sahabat yang meninggal dunia tersebut belum melang­saikan hutangnya. Tindakan Rasulullah SAW ini mengga­mbarkan dosa orang tidak menjel­askan hutangnya begitu berat lebih-­lebih lagi dalam situasi sekiranya hutangnya itu dilipat gandakan dengan riba

Konsep Pinjaman dalam Islam

Al-­'ar­­iyah
Al-­qard
pinjaman yang melibatkan pemberian sesuatu barangan atau harta oleh pemberi pinjaman kepada peminjam bagi tujuan penggunaan manfaat barang atau harta tersebut secara percuma.
pinjaman yang melibatkan pemindahan pemilikan barangan atau komoditi yang boleh diangg­arkan dan diganti mengikut bilangan, sukatan atau timbangan
hanya melibatkan barangan atau benda yang tidak musnah apabila digunakan yang boleh dikemb­alikan dalam keadaan asal , contohnya kereta.
peminjam (pengh­utang) hendaklah memula­ngkan kembali barang yang dipinjam dalam bentuk gantian dan bukan merupakan benda yang asal , contohnya wang.

Definisi al-Qard

Al-qard - dari segi bahasa bermaksud al-qat­'u (potong)
Istilah - penyerahan sesuatu barang atau harta daripada pemiutang kepada penghutang dengan syarat barang tersebut atau sesuatu yang sama nilai dengannya akan digantikan kembali kepada pemilik asal tanpa sebarang penamb­ahan.
Qard - harta yang diberikan kepada orang yang berhutang.
Al-Qard dikate­gorikan sebagai akad tabarr­u' iaitu kontrak yang berter­askan kepada konsep kebajikan.

Rukun al-Qard

1- Pemiutang
2- Penghutang
3- Barang yang dipinjam
4- Sighah

Prinsip al-Qard al-Hasan

1. al-Qard al-Hasan - transaksi pemberian hutang atau pinjaman wang yang bebas daripada unsur riba dan mengut­­amakan kebajikan dan keadilan sosial.
2. Peminjam hanya perlu membayar jumlah wang yang dipinjam sahaja tanpa faedah.

Hukum al-Qard al-Hasan

Sunat
Harus bagi seseorang untuk berhutang bagi tujuan untuk membeb­askan dirinya daripada kesempitan hidup
Tidak harus memberikan pinjaman sekiranya diketahui bahawa wang tersebut akan digunakan bagi tujuan haram atau maksiat

Objektif pelaks­anaan al-Qard al-Hasan

1. Membantu golongan yang memerl­ukan.
2. Merapatkan jurang perbezaan antara golongan yang kaya
3. Memupuk semangat persau­daraan dikalangan umat islam
4. Menguk­uhkan sektor sosio ekonomi negara.
5. Menyed­iakan ruang, peluang dan kemudahan kepada golongan berpen­dapatan rendah
6. Mengha­puskan diskri­minasi sosial dan ekonomi dalam masyarakat
7. Sebagai salah satu wasilah da'wah kepada golongan bukan Islam mengenai kesyumulan dan keindahan Islam
8. Mendapat keberkatan dan ganjaran berterusan di dunia dan akhirat

Larangan riba

Larangan terhadap riba adalah jelas berdas­arkan kepada firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 275
Terdapat hadith Rasulullah SAW yang menyebut bahawa setiap pinjaman (hutang) yang mempunyai manfaat ianya adalah riba
قال رسول االه صلى الله عليه وسلم -كل قرض جر منفعة, فهو ربا (Rasu­­lullah SAW telah bersabda bahawa setiap pinjam­­an­(­h­utang) yang ada manfaa­­t,­ianya adalah riba)

Fatwa pengha­raman riba

Semua telah bersepakat bahawa setiap penambahan atau faedah ke atas semua bentuk pinjaman adalah riba dan haram

Prinsi­p-p­rinsip umum ketika berhutang

i) Setiap hutang yang dibuat hendaklah ditulis
ii) Tidak boleh mengenakan sebarang bayaran tambahan terhadap pinjaman
iii) Kepent­ingan menyel­esaikan semua hutang turut disyar­atkan dalam perwarisan
iv) Hutang merupakan hak individu tertentu yang wajib dipula­ngkan dalam tempoh sebaga­imana yang dijanjikan

Kesimpulan

Islam telah meletakkan prinsip al-qard al-hasan supaya tidak berlaku unsur unsur pengan­iayaan dalam berhutang dan memberi hutang.

Badges

Nice Cheat Sheet

Comments

No comments yet.

Cheatography n. The art of mapping complex subjects into clear, instantly navigable reference guides.