This cheat sheet is about an assigntment of Fiqh Muamalat KFD 2303.
|
Kamus Dewan
Hasil pendapatan atau perolehan daripada sesuatu kegiatan seperti perusahaan, perniagaan yang melebihi modal serta segala perbelanjaan yang berkaitan.
|
|
Kamus Harrap’s Dictionary of Business Finance
Lebihan wang yang diperoleh oleh firma ataupun perusahaan selepas semua perbelanjaan diselesaikan dalam suatu tempoh pengiraan suatu akaun.
|
|
Ekonomi
Sejumlah bayaran kepada faktor-faktor pengeluaran setelah ditolak daripada hasil keluaran sesebuah syarikat.
|
|
Perakaunan
Untung terhasil daripada pengurangan pelbagai kos yang dibelanjakan daripada hasil jualan yang diperolehi.
|
|
Bahasa Arab
al-ribh / rabiha (pertambahan atau pertumbuhan dalam kegiatan perniagaan).
|
|
Istilah
lebihan dan pertambahan dalam aktiviti perniagaan yang terhasil daripada dua hasil pengeluaran utama iaitu usaha (al-’amal) dan modal (ra’sul mal).
|
|
Bahasa Arab
al-ribh / rabiha (pertambahan atau pertumbuhan dalam kegiatan perniagaan).
|
|
Istilah
lebihan dan pertambahan dalam aktiviti perniagaan yang terhasil daripada dua hasil pengeluaran utama iaitu usaha (al-’amal) dan modal (ra’sul mal).
|
|
“Mereka itulah orang yang memberi kesesatan dengan petunjuk, maka tidak beruntunglah perniagaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk”.
|
|
Imam al-Tabari
- Nilai pertukaran yang kurang daripada harga beliannya maka ia dianggap rugi. - Untung wujud ketika mana berlakunya pertukaran antara harga dengan barangan keluaran sama ada nilai tukaran itu sama ataupun melebihi harga belian tersebut. - Keuntungan barang perniagaan pula ialah hasil daripada pertukaran harta, iaitu apabila ia terpisah milik dengan cara akad jual beli.
|
|
Al-Nisaburi, Imam al-Alusi
Keuntungan adalah suatu tambahan ke atas modal dan perniagaan pula ialah suatu usaha untuk mendapatkan lebihan melalui modal.
|
|
Al-Qurtubi
Maksud untung perniagaan dalam surah al-Baqarah di atas adalah merujuk kepada kebiasaan orang Arab yang sering mengungkapkan ayat rabaha bai’uka atau khasarat safaqtuka yang bermaksud “kamu mendapat keuntungan dan kerugian dalam jual beli kamu”.
|
|
Rashid Rida
Kaedahnya adalah melalui pertukaran, iaitu pertukaran antara kedua-dua pihak dengan matlamat mendapatkan keuntungan.
|
|
1) Zakat - Pertambahan ke atas modal dan ia ditinjau dari segi harta yang diwajibkan zakat.
|
|
2) Al-murabahah - Pertambahan ke atas modal setelah ditolak segala perbelanjaan yang dikeluarkan dalam memperoleh lebihan tersebut.
|
|
Imam al-Mawardi
|
Zakat itu wajib ke atas harta yang berpotensi untuk berkembang sama ada menerusi usaha atau berkembang dengan sendirinya.
|
|
Ibn Qudamah
|
Menghuraikan harta yang berpotensi untuk berkembang antaranya adalah barangan perniagaan berpotensi untuk mendapat keuntungan, haiwan ternakan berkemungkinan untuk berkembang dan juga buah-buahan dengan syarat cukup hawl dan nisab untuk setiap jenis.
|
|
Al-Kasani
|
Zakat tidak akan diperolehi kecuali dari harta yang berkembang.
|
|
Pertama: “Kontrak jual beli dengan harga pertama dengan tambahan keuntungan yang ditetapkan dan disepakati antara kedua-dua pihak pelaku kontrak (penjual dan pembeli)”.
|
|
Kedua: “Kontrak jual beli apa yang dimilikinya dengan apa yang sepatutnya (modal) dan dengan lebihan”.
|
|
Al-Hanafiyyah, Al-Syafi’iyyah, Al-Hanabilah, Al-Imamiyyah serta Al-Zaydiyyah mendefinisikan modal (ra’su al- mal) dalam kontrak al-murabahah sebagai harga yang dengannya dibeli sesuatu barangan.
|
|
> Suatu kontrak antara dua orang atau lebih untuk berkongsi keuntungan tanpa berkongsi dalam modal
|
|
> Penubuhan sesebuah syarikat al-mudarabah adalah untuk memperoleh keuntungan
|
|
Al-Baghdadi
|
Keuntungan adalah lebihan ke atas modal selepas mengurangi segala kos (beban) perbelanjaan tertentu dalam memperoleh keuntungan.
|
|
Imam Malik
|
Untung dianggap berlaku sama ada sesuatu harta itu dicairkan ataupun tidak.
|
|
Sebilangan fuqaha’
|
Untung itu wujud apabila berlakunya pengeluaran akad secara lisan meskipun barang belum dipindahkan dari tempat asalnya.
|
|
Ibnu Qudamah
|
Untung sebagai satu lebihan ke atas modal. Jika sesuatu modal tidak menghasilkan lebihan, maka ia tidak dinamakan sebagai untung.
|
|
Dr Muhammad Salah
|
Untung adalah matlamat asasi bagi firma ataupun syarikat di mana segala aktiviti ekonomi yang diceburi akan melibatkan proses penjanaan untung seperti jual beli.
|
|
Abdul Rahman bin Khaldun al-Maghribi ataupun Ibn Khaldun
|
Untung sebagai nilai yang timbul hasil daripada kerja yang dilakukan oleh manusia.
|
|
Khurshid Ahmad dan Muhammad Nejatullah Siddiqi
|
Apa yang ditentukan dalam keadaan biasa dan sederhana mengikut hukum penawaran dan permintaan dalam pasaran bebas, dengan syarat undang-undang negara, perancangan dan polisinya atau kawalan-kawalan lain tidak campur tangan dalam sistem jualan dan belian, pengeluaran komoditi serta pasaran persaingan monopoli tidak dibenarkan mempengaruhi pasaran serta tidak berlaku keadaan darurat yang memberi kesan kepada pasaran.
|
|
ULAMA’/MAZHAB
|
AL-GHABN AL-FAHISY
|
AL-GHABN AL-YASIR
|
|
Al-Khajnadi dari golongan Hanafi
|
Takat melebihi nisf al-’usyur
|
Tidak melebihi atau tepat pada kadar nisf al-’usyur
|
|
Ibn Yahya Al-Balkhi
|
Keuntungan yang melebihi ketentuan ini ; - pada barang, nisf al-usyur - pada haiwan, 1/10 - pada barang tak alih, 1/5
|
-
|
|
Golongan Maliki, Golongan al-’Ibadiyyah, Golongan Syafie
|
1/3 atau lebih
|
-
|
|
Golongan Hanbali
|
1/3 atau 1/6
|
-
|
|
Ibn ‘Abidin - Suatu nisbah (keuntungan) yang tidak termasuk dalam penetapan taksiran oleh pihak pentaksir, tetapi jika kadar melebihi taksiran, keuntungan dianggap al-ghabn al-fahisy.
|
|
Sebahagian daripada ulama’ Maliki - Memberi pilihan jika berlakunya al-ghabn al-fahisy. - Ada yang mengatakan tiada had tertentu tetapi mengikut tradisi atau kebiasaan sesama peniaga.
|
|
Al-Mardawi - Nisbah al-ghabn atau keuntungan mengambil kira al-’uruf semasa (kebiasaan) dan sesuai dengan tahap masalah yang dihadapi.
|
|
Untung yang diiktiraf oleh Islam ialah untung yang bebas daripada unsur-unsur haram seperti riba, ghabn, gharar dan ihtikar. Oleh itu umat Islam perlu berusaha untuk memperoleh keuntungan yang bebas daripada unsur-unsur yang disebutkan di atas.
|
No comments yet.
Cheatography n. The art of mapping complex subjects into clear, instantly navigable reference guides.