Cheat Sheet ini merupakan tugasan individu bagi subjek Fiqh Muamalat KFD 2303 yang bertajuk "Analisis Kaedah Pengukuran Untung (Al-Ribh) dari Perspektif Muamalat Islam"
|
Menurut Kamus Dewan
|
Untung membawa maksud hasil pendapatan atau perolehan daripada sesuatu kegiatan seperti perusahaan,perniagaan yang melebihi modal serta segala perbelanjaan yan berkaitan.
|
|
Menurut Kamus Harrap's Dictionary of Business Finance
|
Untung bermaksud lebihan wang yang diperolehi oleh firma ataupun perusahaan selepas semua perbelanjaan diselesaikan dalam suatu tempoh pengiraan sesuatu akaun.
|
|
Dari segi bahasa
|
Untung disebut al-ribh yang berasal daripada kata dasar rabiha yang bermaksud pertambahan atau pertumbuhan dalam kegiatan perniagaan.
|
|
|
Dari segi istilah
|
Lebihan dan pertambahan dalam aktiviti perniagaan yang terhasil daripada dua unsur pengeluaran utama iaitu usaha (al-mal) dan modal (ra'su al-mal)
|
|
|
Imam al-Tabari
|
Untung wujud ketika mana berlakunya pertukaran antara harga dengan barangan keluaran sama ada nilai tukaran itu sama ataupun melebihi harga belian tersebut.
|
|
Al-Nisaburi
|
Mendefinisikan perniagaan (al-tijarah) kerana keuntungan wujud di dalamnya.
|
|
Al-Qurtubi
|
Merujuk kepada kebiasaan orang Arab yang sering mengungkapkan ayat yang mengandungi maksud; "kamu mendapat keuntungan dan kerugian dalam jual beli kamu".
|
|
Imam al-Alusi
|
Mempunyai pendapat yang sama dengan Al-Nisaburi.
|
|
Rashid Rida
|
Kaedahnya adalah melalui pertukaran iaitu pertukaran antara kedua-dua pihak dengan matmalat mendapatkan keuntungan.
|
|
Para Fuqaha' membahagikan keuntungan (al-ribh) kepada dua pengertian:
|
|
|
1) BAB ZAKAT
|
Pertambahan ke atas modal dan ia ditinjau dari segi harta yang diwajibkan zakat iaitu harta yang berkembang (al-namiyah).
|
|
2) BAB AL-MURABAHAH
|
Pertambahan ke atas modal dan pertambahan ke atas modal setelah ditolak segala perbelanjaan yang dikeluarkan dalam memperoleh lebihan tersebut.
|
|
IMAM AL-MAWARDI
|
Zakat itu wajib ke atas harta yang mampu berkembang melalui usaha atau secara sendirinya.
|
|
IBNU QUDAMAH
|
Menghuraikan harta yang berpotensi untuk berkembang ialah haiwan ternakan dan buah-buahan dengan syarat cukup nisab dan hawl.
|
|
AL-KASANI
|
Zakat tidak akan diperoleh kecuali dari harta yang berkembang.
|
|
AL-BAGHDADI
|
Menyatakan konsep keuntungan adalah lebihan ke atas modal selepas mengurangi segala kos (beban) perbelanjaan tertentu dalam memperoleh keuntungan.
|
|
IMAM MALIK
|
Untung wujud apabila berlaku pengeluaran akad secara lisan meski barang belum dipindahkan ke tempat asalnya.
|
|
IBNU KHALDUN
|
Beliau menyatakan membeli barang dengan harga murah, jual semula dengan harga mahal adalah disebut sebagai untung.
|
|
i) Keuntungan bukan berasal daripada perbuatan riba.
|
|
ii) Keuntungan bukan daripada usaha penipuan dengan menyembunyikan fakta.
|
|
iii) Keuntungan bukan daripada perbuatan penipuan.
|
|
Apakah bentuk keuntungan dalam pendekatan Fuqaha'?
Terdapat dua bentuk keuntungan dalam pendekatan Fuqaha' iaitu yang pertama ialah al-ghabn al-fahisy dan yang kedua pula ialah al-ghabn al-yasir.
|
|
Apakah pendekatan dalam menentukan ukuran bagi membezakan antara al-ghabn al-fahisy dengan al-ghabn al-yasir?
Pendekatan yang pertama adalah dengan menggunakan ukuran yang tetap (al-mi'yar al-jamid) dan pendekatan yang kedua pula adalah dengan menggunakan ukuran yang fleksibel (al-mi'yar al-marin).
|
|
Para ulama' yang membezakan antara al-ghabn al-fahisy dengan al-ghabn al-yasir dengan menggunakan pendekatan pertama ini berbeza pandangan dalam meletakkan nisbah atau kadar yang tetap. Antaranya ialah:
|
|
|
AL-KHAJNADI DARI GOLONGAN HANAFI
|
Melihat ghabn al-fahisy pada takat melebihi nisf al-usyur manakala ghabn al-yasir tidak melebihi atau tetap (nilf al-usyur)
|
|
IBN YAHYA AL-BAKHI
|
Al-ghabn pada barang perniagaan nifl al-usyur, pada haiwan al-usyur (satu persepuluh) & pada barangan tak alih sebanyak al-khumus (satu perlima).
|
|
GOLONGAN MALIKI
|
Meletakkan kadar al-thuluth (satu pertiga) atau lebih sebagai al-ghabn al-fahisy.
|
|
GOLONGAN SYAFI'I
|
Al-ghabn al-fahisy berlaku ketika kadar keuntungan yan diambil melebihi al-thuluth (satu pertiga)
|
|
GOLONGAN HANBALI
|
Al-ghabn al-fahisy pada kadar al-thuluth (satu pertiga) atau al-sudus (satu perenam).
|
|
AL-MARDAWI
|
Melebihkannya contohnya al-rubu' (satu perempat).
|
|
GOLONGAN AL-IBADIYYAH
|
Menetapkan kadar al-thuluth (satu pertiga) atau lebih kerana beliau menganggap lebihan yang wujud merupakan al-ghabn al-fahisy.
|
|
Para ulama' turut berbeza pendapat antara al-ghabn al-fahisy dengan al-ghabn al-yasir melalui pendekatan yang kedua yang meletakkan kaedah fleksibel. Antaranya ialah:
|
|
|
IBN ABIDIN
|
Melihat al-ghabn al-fahisy sebagai satu nisbah (keuntungan) yang tidak termasuk dalam penetapan taksiran oleh pihak pentaksir (al-muqawwim). Namun, keuntungan tersebut akan dianggap sebagai al-ghabn al-fahisy sekiranya kadar keuntungan yang dibuat melebihi taksiran pentaksir.
|
|
SEBAHAGIAN ULAMA' DARI KALANGAN MALIKI
|
Mereka berbeza pandangan dalam penetapan kadar al-ghabn al-fahisy sama ada pada kadar satu pertiga (1/3) atau lebih. Hal ini kerana, ada yang mengatakan tidak ada had tertentu, tetapi ia disandarkan kepada tradisi atau kebiasaan yang berlaku sesama peniaga.
|
|
AL-MARDAWI
|
Nisbah al-ghabn atau keuntungan perlu mengambil kira al-uruf semasa (kebiasaan) dan bersesuaian dengan tahap masalah yang dihadapi. Nisbah tersebut hendaklah sedikit sahaja, supaya pulangan modal dapat diperoleh dengan mudah.
|
No comments yet.
Cheatography n. The art of mapping complex subjects into clear, instantly navigable reference guides.