ASSIGNMENT INDIVIDUAL - PINJAMAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
|
Manusia bekerja dan berusaha keras siang dan malam untuk mencari kesenangan dan keselesaaan hidup.
|
|
Menjadi lumrah manusia mendambakan kehidupan yang serba mewah.
|
|
Rata-ratanya masyarakat terpaksa berhutang atau membuat pinjaman kewangan untuk menikmati taraf hidup yang lebih selesa.
|
|
Seseorang boleh berhutang tetapi jumlah hutang tersebut mestilah berkadaran dengan jumlah pendapatan individu tersebut.
|
|
Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang atau membuat pinjaman kewangan bagi tujuan berlebih-lebihan.
|
|
Amalan berhutang juga akan memberi kemudaratan kepada diri dan ahli keluarga.
|
|
Umat Islam perlu menjalani kehidupan secara wasatiyyah dan mengutamakan sikap qana'ah.
|
|
Dosa orang yang tidak menjelaskan hutangnya begitu berat lebih-lebih lagi dalam situasi sekiranya hutangnya itu dilipat gandakan dengan riba.
|
|
Individu yang berhutang akan diselubungi keresahan dan tekanan perasaan.
|
|
Al-'ariyah
|
Al-qard
|
|
Pemberian satu barangan oleh pemberi pinjam kepada peminjam.
|
Pemindahan pemilikan barangan yang boleh dianggarkan dan diganti mengikut bilangan atau timbangan.
|
|
Hak pemilikan barang tersebut kekal pada pemberi pinjaman
|
Orang Arab menyebut salaf iaitu pinjaman yang dibayar balik kepada pemiutang tanpa syarat keuntungan
|
|
Peminjam tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan kecuali berpunca daripada peminjam sendiri.
|
Kesan transaksi menyebabkan wujudnya keberhutangan daripada pihak penghutang kepada pemiutang.
|
|
Hanya melibatkan barangan yang tidak musnah dan boleh dikembalikan dalam keadaan asal.
|
Peminjam hendaklah memulangkan kembali barang yang dipinjam dalam bentuk gantian (bukan benda yang asal).
|
|
Bahasa: al-qat'u (potong)
|
|
Istilah: penyerahan suatu barang dengan syarat barang tersebut sama nilai tanpa sebarang tambahan apabila dipulangkan.
|
|
Dikategorikan sebagai akad tabarru'(kontrak ramai).
|
|
Kontrak yang berkonsepkan kebajikan
|
|
Faedah transaksi hanya diperolehi penghutang.
|
|
وَأَحَلَّ اللّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا
|
|
Terjemahan: Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. (Surah Al-Baqarah:275)
|
|
Rasulullah melaknat orang yang memakan riba, menjadi agen, mencatat transaksi dan menjadi saksi.
|
|
Melakukan riba merupakan dosa besar di sisi Allah SWT.
|
|
Faedah yang dikenakan dalam semua bentuk pinjaman (hutang) adalah riba dan diharamkan oleh hukum syara'.
|
|
Al-qard al-hasan bermaksud pinjaman yang baik.
|
|
Peminjam hanya perlu membayar jumlah wang yang dipinjam sahaja tanpa dikenakan faedah.
|
|
Hukum pelaksanaan qard hasan adalah sunat.
|
|
Harus bagi seseorang untuk berhutang bagi tujuan membebaskan dirinya daripada kesempitan hidup.
|
|
Tidak harus memberikan pinjaman sekiranya untuk tujuan haram atau maksiat.
|
|
1. Pemiutang (orang yang memberi pinjaman)
|
|
2. Penghutang/peminjam
|
|
3. Barang yang dipinjam
|
|
4. Sighah (Lafaz ijab dan qabul)
|
|
1. Membantu golongan yang memerlukan.
|
|
2. Merapatkan jurang perbezaan antara golongan yang kaya.
|
|
3. Mengukuhkan sektor sosio ekonomi negara.
|
|
4. Menghapuskan diskriminasi sosial dan ekonomi dalam masyarakat.
|
|
5. Mendapatkan keberkatan dan ganjaran berterusan di dunia dan akhirat.
|
|
Skim pmbiayaan secara mikrokredit
Membantu meningkatkan taraf hidup dan memajukan sektor ekonomi.
|
|
Skim pajak gadai Islam atau al-rahnu
Transaksi pemberian kemudahan pinjaman wang kepada pemegang gadaian sebagai cagaran terhadap pinjaman yang dibuat.
|
|
Skim pinjaman kewangan & pembiayaan untuk menunaikan haji atau umrah
Seseorang dibenarkan berhutang bagi tujuan menunaikan rukun islam yang kelima sekiranya dia yakin mampu membayar balik pinjaman tersebut.
|
|
i) Setiap hutang yang dibuat hendaklah ditulis.
|
|
ii) Tidak boleh mengenakan sebarang bayaran tambahan terhadap pinjaman yang diberikan.
|
|
iii) Kepentingan menyelesaikan semua hutang disyaratkan dalam perwarisan.
|
|
iv) Hak individu tertentu yang wajib dipulangkan dalam tempoh tertentu.
|
|
PERANAN INSTITUSI ZAKAT
|
|
Meringankan beban yang dihadapi oleh golongan yang dibelenggu hutang atau asnaf al-gharimin
|
|
Mewujudkan keseimbangan dalam aspek sosial dan ekonomi masyarakat iaitu golongan yang berkemampuan mengeluarkan zakat bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik.
|
|
Perniagaan pemberian pinjaman wang tanpa lesen yang sah atau telah tamat atau lesen digantung.
|
|
Kegiatan yang bertentangan dengan ajaran Islam kerana mengandungi unsur riba.
|
|
Peminjam berdepan dengan keganasan dan ugutan sekiranya gagal membuat bayaran balik pinjaman.
|
|
Bagi menghentikan gejala ini, kerajaan mengambil tindakan memberhentikan pemberian lesen kepada peminjam wang berlesen, kempen kesedaran dan khidmat nasihat.
|
|
Islam telah menyediakan hamparan kehidupan yang syumul dalam aspek pengurusan kewangan.
|
|
Islam mengharuskan umatnya berhutang tetapi tidak digalakkan kecuali dalam keadaan terdesak.
|
|
Umat Islam dianjurkan untuk hidup secara bersederhana.
|
|
Islam telah mensyariatkan instrumen pinjaman wang yang tidak membebankan seperti al-qard al-hasan.
|
No comments yet.
Cheatography n. The art of mapping complex subjects into clear, instantly navigable reference guides.