|
1.Pengenalan
|
|
|
Manusia bekerja dan berusaha keras siang dan malam untuk mencari kesenangan dan keselesaaan hidup.
|
|
1.Pengenalan
|
|
Takdir, rezeki, nasib baik dan buruk seseorang itu terletak dibawah kekuasaan dan rahmat Allah SWT yang Maha Mengetahui segala hikmah dan rahsia lagi Maha Bijaksana dalam mengatur perjalanan kehidupan seluruh umat manusia.
|
|
Walau bagaimanapun, tidak semua orang dapat menikmati keindahan dan keseronokan dunia meskipun setelah bertungkus lumus dan berhempas pulas mencari rezeki.
|
|
Manusia bekerja dan berusaha keras siang dan malam untuk mencari kesenangan dan keselesaaan hidup.
|
|
Pandangan Islam mengenai amalan berhutang
|
|
Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang atau membuat pinjaman kewangan terutama sekali bagi tujuan yang melebihi keperluan asas kehidupan.
|
|
Lebih-lebih lagi dalam dunia hari ini di mana pelbagai pihak misalnya bank, koperasi juga khidmat pinjaman menerusi saluran yang tidak diiktiraf oleh undang-undang seperti syarikat pemberi pinjaman wang tidak berlesen atau ah long begitu mudah menyediakan pinjaman kepada orang ramai melalui skim pinjaman peribadi, kad kredit dan sebagainya.
|
|
Budaya suka berhutang sebegini amat ditegah oleh Islam kerana agama yang mulia ini menganjurkan umatnya menjalani kehidupan secara wasatiyyah atau bersederhana dan mengutamakan sikap qana'ah.
|
|
Konsep Pinjaman dalam Islam
|
|
Dari kaca mata perundangan Islam, pinjaman dibahagikan kepada 2 kategori iaitu al-'ariyah dan al-qard.
|
|
. Al-'ariyah merujuk kepada pinjaman yang melibatkan pemberian sesuatu barangan atau harta oleh pemberi pinjaman kepada peminjam bagi tujuan penggunaan manfaat barang atau harta tersebut secara percuma.
|
|
Pinjaman secara 'ariyah hanya melibatkan barangan atau benda yang tidak musnah apabila digunakan yang boleh dikembalikan dalam keadaan asal misalnya kereta, telefon bimbit, baju dan buku.
|
|
Al-qard dari segi bahasa bermaksud al-qat'u (potong). Harta yang diberikan kepada orang yang berhutang dinamakan qard kerana pemiutang memotong (mengambil) sebahagian hartanya untuk diberikan kepada penghutang.
|
|
Dari segi istilah, al-qard merujuk kepada penyerahan sesuatu barang atau harta daripada pemiutang kepada penghutang dengan syarat barang tersebut atau sesuatu yang sama nilai dengannya akan digantikan kembali kepada pemilik asal tanpa sebarang penambahan.
|
|
Sebarang tambahan terhadap barang atau wang yang diberi pinjam adalah ditegah dalam Islam kerana is dianggap sebagai riba atau lebihan yang tidak mempunyai ganti yang dikenakan oleh pemberi pinjaman sementara menunggu bayaran balik.
|
|
Larangan riba
|
|
Faedah yang dikenakan dalam semua bentuk pinjaman (hutang) adalah riba dan diharamkan oleh hukum syara'.
|
|
Hukum al-Qard al-Hasan
|
|
Hukum pelaksanaan qard hasan adalah sunat. Harus bagi seseorang untuk berhutang bagi tujuan membebaskan dirinya daripada kesempitan hidup.
|
|
Tidak harus memberikan pinjaman sekiranya untuk tujuan haram atau maksiat.
|
|
Rukun al-Qard
|
|
1.Pemiutang(orang yang beri pinjaman)
|
|
2.Penghutang/peminjam
|
|
3.Barang yang dipinjam
|
|
Objektif pelaksanaan al-Qard al-Hasan
|
|
1.Membantu golongan yang memerlukan.
|
|
2.Merapatkan jurang perbezaan antara golongan yang kaya.
|
|
3.Mengukuhkan sektor sosio ekonomi negara.
|
|
4.Menghapuskan diskriminasi sosial dan ekonomi dalam masyarakat.
|
|
5.Mendapatkan keberkatan dan ganjaran berterusan di dunia dan akhirat.
|
|
Al-Qard al-Hasan sebagai instrumen penjana sosio ekonomi ummah
|
|
1.Skim pmbiayaan secara mikrokredit
|
|
2.Skim pajak gadai Islam atau al-rahnu
|
|
3.Skim pinjaman kewangan & pembiayaan untuk menunaikan haji atau umrah.
|
|
Prinsip-prinsip umum ketika berhutang
|
|
1.Setiap hutang yang dibuat hendaklah ditulis bagi memastikan pihak-pihak yang berkontrak khususnya penghutang.
|
|
2.Tidak boleh mengenakan sebarang bayaran tambahan terhadap pinjaman yang diberikan atas sebab kelewatan membuat pembayaran balik hutang meskipun telah dipersetujui atau disyaratkan di awal kontrak.
|
|
Bantuan kepada asnaf al-gharimin
|
|
Mewujudkan keseimbangan dalam aspek sosial dan ekonomi masyarakat iaitu golongan yang berkemampuan mengeluarkan zakat bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik.
|
|
Bantuan tidak diberikan kepada mereka yang berhutang dengan institusi kewangan kerana mereka berkemampuan untuk membayar balik pinjaman.
|
|
Gejala ceti haram
|
|
Perniagaan pemberian pinjaman wang tanpa lesen yang sah atau telah tamat atau lesen digantung.
|
|
Kegiatan yang bertentangan dengan ajaran Islam kerana mengandungi unsur riba.
|
|
Bagi menghentikan gejala ini, kerajaan mengambil tindakan memberhentikan pemberian lesen kepada peminjam wang berlesen, kempen kesedaran dan khidmat nasihat.
|
|
Kesimpulan
|
|
Islam telah menyediakan hamparan kehidupan yang syumul dalam aspek pengurusan kewangan.
|
|
Islam mengharuskan umatnya berhutang tetapi tidak digalakkan kecuali dalam keadaan terdesak.
|
|
Islam dianjurkan untuk hidup secara bersederhana.
|
|
Islam telah mensyariatkan instrumen pinjaman wang yang tidak membebankan seperti al-qard al-hasan.
|
No comments yet.
Cheatography n. The art of mapping complex subjects into clear, instantly navigable reference guides.